BAITUL QURAN CENTRE

BAITUL QURAN CENTRE

Aktif sejak Jun 02, 2021

Tentang Penganjur

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN BQC

Sistem Pendidikan Sekolah Tahfiz di Malaysia merupakan satu sistem pendidikan tradisional dalam sejarah perkembangan Islam. Institusi ini wujud apabila adanya usaha- usaha para ulama terdahulu mengambil inisiatif mengajar masyarakat Islam di kawasan setempat supaya lahirnya insan-insan yang berjiwa Al-quran.

Cadangan penubuhan Pusat Pengajian Islam ini yang membawa maksud mewujudkan warisan Islam adalah satu usaha murni bertujuan menghidupkan ruang pendidikan agama kepada masyarakat secara lebih khusus. Hasrat ini lebih terserlah apabila di kawasan ini, khasnya di Terengganu yang mempunyai nama yang sempurna sebagai Darul Iman. Darul Iman yang memberi makna sebagai rumah orang-orang yang beriman ,memerlukan individu yang mantap Ilmunya bagi memenuhi syarat mereka yang beriman.

Dengan penubuhan Pusat Pengajian ini pula, Insya Allah akan wujud lagi ramai mereka yang akan menjadikan diri mereka sebagai insan yang beriman. Moga niat ikhlas kami mendapat limpah rahmat Ilahi.

Madrasah ini mula ditubuhkan pada tahun 2003 dengan bilangan murid seramai 4 orang. Ia ditubuhkan oleh Pengasas Madrasah ini iaitu Arwah Hj Mohammad Zaidi bin Zakaria. Dan 4 orang pelajar itu ialah anak-anak Pengasas sendiri. Pada mulanya madrasah ini dipanggil dengan nama Madrasah Al-quran Zaidiah sempena dengan nama Pengasas sendiri. Pada tahun 2009, anak pertama pengasas telah tamat pengajiannya dan balik meneruskan usaha yang telah didirikan oleh ayahandanya. Dan pada tahun 2010 madrasah  ini telah bertukar  nama  kepada  BAITUL  QURAN  CENTRE. Kemudian pada tahun 2010 pula BAITUL QURAN CENTRE  berdaftar  dibawah  Suruhanjaya  Syarikat Malaysia (SSM) dengan memulakan Kelas Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain kepada golongan kanak-kanak, remaja, dan dewasa.  Kemudian di atas permintaan ramai dan wujudnya cadangan supaya BQC untuk meluaskan lagi sistem Pengajian Al-Quran khususnya kepada peringkat hafazan, maka pada tahun 2016 BQC secara rasminya telah menubuhkan satu lagi Pengajian iaitu Pengajian Tahfiz Tulin sepenuh masa berasrama (pengajian pondok) untuk pelajar lelaki dan perempuan dan pada 10 Disember 2018, BQC secara rasminya berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dengan No. Pendaftaran JHEAT.03-018/14/122, dan pada awal 2019 seorang Hamba Allah telah mewakafkan tanah berkeluasan 2 ekar bertempat di Kampung Gong Balai Mercang, Marang untuk dijadikan Institusi Pengajian Tahfiz bagi pelajar lelaki, dan di atas sumbangan ramai Alhamdulillah pembangunan dimulakan pada awal ogos 2019 dan telah siap pada akhir ogos 2020 dan pelajar lelaki akhirnya dipindahkan ke Kg Gong Balai pada awal September 2020 dan secara rasminya telah mendapat kelulusan dan pendaftaran di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pada awal Disember 2020 dengan nama MADRASAH BAITUL QURAN... Alhamdulillah sehingga ke hari ini , terdapat 28 Pelajar Lelaki bagi Pengajian Tahfiz, 23 pelajar pelajar perempuan Pengajian Tahfiz dan hampir 100 orang Pelajar Kelas Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain kanak-kanak termasuk 13 Staf terdiri daripada Mudir, Guru, warden dan tukang masak...matlamat kami InsyaAllah tak lama lagi akan mewujudkan Pengajian Islam & Bahasa Arab bagi lelaki dan perempuan dan Alhamdulillah telahpun dimulai dengan Pengajian Alimah peringkat I'dadi bagi pelajar permpuan di BQC

...

Lot 10933 Kampung Mengabang Telong Batu Rakit
+60169629857

Senarai Kempen

Tiada kempen tersedia buat masa ini.

Bersama Aaminkan Doa Penyumbang

  • Hamba Allah

    37 minit yang lepas

    "Saya doa semoga kalian semua sentiasa dlm lindungan Allah. Doakan saya berjaya dan dipanjangkan umur ye.."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    1 jam yang lepas

    "semoga dapat meringankan beban melangsaikan hutang"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    1 jam yang lepas

    "Semoga saya sembuh dari gerd/anxiety/gastrik"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • HAMBA ALLAH

    1 jam yang lepas

    "Semoga bermanfaat, insyaallah."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    1 jam yang lepas

    "Doakan saya sentiasa sihat"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • ILHAM

    1 jam yang lepas

    "semoga kita semua dilindungi allah. doakan kepada ilham dan keluarganya, juga kepada adriena dan keluarganya supaya dirahmati dan diberkati allah. semoga dilimpahkan rezeki yang luas dan berkat, berja..."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • KAK NOOR

    1 jam yang lepas

    "Doa selamat buat ank2 saya dan Kaluarga saya "

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    1 jam yang lepas

    "Ya Allah permudahkan segala urusan anak2 ini dan penjaga nya semoga dimurahkan rezeki dan sihat slalu. "

    0 orang mengaminkan doa ini

  • NAZREN

    1 jam yang lepas

    "Saya harap sumbangan ini serba sedikit dapat membantu anak-anak kecil di sana, maaf jika sumbangannya tidak banyak. Saya kini sedang menjalani internship, saya tidak berharap cuma meminta doa agar say..."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    2 jam yang lepas

    "semoga allah merahmati anak ii di sana dan dipermudahkan segala urusan tidak lupa juga kepada penjaga ii di sana semoga dipermudah segala urusan dan dikurniakan umur yang panjang dan sehat tubuh badan..."

    0 orang mengaminkan doa ini