KOS RM10000 DIPERLUKAN UNTUK PEMBEDAHAN DAN UBAT UBATAN

RM0 / 0.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

0 Penyumbang

41 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Pihak Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu adik Aminuddin ini. Marilah kita sama-sama bantu adik ini untuk pulih seperti biasa. Kita bantu ringankan keluarga beliau.


Pihak Komuniti Ihsan telah menziarahi adik Muhammad Al Aminuddin bin Mohd Hairul Anuar yang telah mengalami kemalangan. Untuk makluman adik Aminuddin berumur 16 tahun dan masih bersekolah. Beliau telah mengalami kemalangan ketika menghantar barangan makanan COD untuk membantu ibunya yang berniaga. Malang tidak berbau, beliau yang ketika itu menunggang motor telah bertembung dengan sebuah kereta yang pada ketika itu sedang keluar dari simpang di Pekan Parit Sulong. 




Akibat kemalangan tersebut belia mengalami kederaan fizikal yang agak parah. Kaki kanan beliau telah patah. Manakala jari kakinya telah mengalami kederaan serius dan terpaksa dijahit. Manakala tulang berhampiran buku lalinya hancur.




Kemalangan ini juga telah menyebabkan adik Amin ini terlantar di hospital selama 2 bulan. Kakinya telah dimasukkan besi sebagai sokongan untuk kecederaan kaki yang patah. Namun begitu, jangkitan kuman telah berlaku. Satu pembedahan terpaksa dijalankan sekali lagi. 



Bagi pembedahan pertama keluarga beliau telah menghabiskan RM15 ribu. Namun, untuk pembedahan kedua pada bulan November memerlukan lagi RM10 ribu.



Pihak Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu adik Aminuddin ini. Marilah kita sama-sama bantu adik ini untuk pulih seperti biasa. Kita bantu ringankan keluarga beliau. Insya-Allah pahala kita akan terus mengalir dan berpanjangan. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan