Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN KEBAJIKAN WARGA EMAS AL-FATTAH
Dimulakan pada Aug 09, 2021
RM500,002 / 100.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000
13046 Penyumbang
Kempen Berjaya
Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah (Al-Fattah) mula beroperasi sejak Oktober 2018 untuk mengurus dan menjaga warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesakit psikiatri. Kebanyakan mereka di hantar dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak hospital atau NGO.
Penubuhan Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah ini terjadi apabila terdetik di hati untuk menjaga warga emas yang ditinggal atau gelandangan-gelandangan yang terdiri dari warga emas supaya mereka dapat dijaga dengan lebih baik dan teratur.
Pengurus Rumah Perlindungan Al-Fattah sedang menyantuni penghuni di sini
Alhamdulillah Rumah Perlindungan Al-Fattah kini menempatkan hampir 20 orang penghuni telah menetap di sini daripada pelbagai latar belakang kehidupan. Ada yang sebatang kara, ada yang ditinggalkan dan diabaikan oleh anak-anak mereka.
Kami juga bersyukur masih ada yang prihatin untuk meringankan beban kami di rumah kebajikan ini. Ada yang menyumbang makan minum, barang basah dan ada yang sumbangkan kereta untuk memudahkan pergerakan penghuni ke mana-mana seperti ke hospital.
Kereta yang disumbangkan oleh YAYASAN SIME DARBY dan UMW CORPORATION
Penghuni di sini sangat selesa dan gembira tinggal di sini. Kami memastikan setiap kelengkapan, setiap perkara dititik berat dan kelengkapan juga disediakan secukupnya. Tiada yang kurang dan jika ada kami akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkannya.
Buat masa ini Pertubuhan Kebajikan Al-Fattah sedang menyewa sebuah rumah semi-D di Taman Tasik Semenyih untuk menempatkan warga emas ini. Mereka sangat sedih apabila mendapat tahu rumah yang mereka sedang duduki ini akan dijual. Dan mereka berharap ada yang sudi membantu supaya rumah ini tetap kekal menjadi rumah mereka dengan membelinya.
Keadaan Ruang Depan Rumah
Keadaan Tepi Rumah
Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)
لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” Surah Ali Imran, ayat 92
Keadaan Ruang Tamu Rumah
Mari bantu mereka untuk kekalkan rumah tempat mereka menetap ini, hanya tinggal kurang setahun saja lagi sebelum rumah mereka ini akan dijual. Tak dapat dibayangkan apa yang akan terjadi kepada mereka jika rumah mereka duduki dijual kepada orang lain. Terpaksa berpindah randah lagi ke tempat lain dan ini amat merumitkan warga emas di sini.
Atas sebab itulah kami berhasrat ingin membeli rumah ini dengan bantuan sumbangan orang ramai. Semoga sumbangan anda ini dapat menjadi asbab untuk anda masuk ke syurga. Selagi mana rumah ini digunakan untuk tujuan bermanfaat, selagi itulah pahala akan mengalir masuk ke akaun anda. Semoga anda semua dimurahkan rezeki wahai semua penyumbang yang dermawan. Amin Ya Rabb.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 29, 2022