DANA BANTUAN KEPERLUAN KOS OPERASI DAN KESELESAAN ANAK YATIM DAN ASNAF

RM324,768 / 100.02 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM324,700

9270 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Kita tak akan menongkat langit, hidup selama-lamanya. Tapi amalan kita akan kekal selama-lamanya dengan sedekah jariah. Jom bantu kos operasi Rumah Asnaf Al-Barakh.


Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh telah menubuhkan Rumah Amal Asnaf Al Barakh bertempat di Lembah Keramat, Ulu Kelang dan telah diasaskan oleh Tuan Haji Yusof Noordin pada tahun 2011. Penghuni di sini adalah terdiri daripada anak-anak yatim, golongan asnaf dan mereka yang datang dari keluarga yang bermasalah. Malah ada di antara mereka dihantar sendiri oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jumlah terkini adalah seramai 37 orang penghuni termasuk 2 orang bayi.



BERI MEREKA PELUANG BINA HIDUP BARU


Dengan rasa simpati Tuan Haji Yusof Noordin mengambil inisiatif untuk menempatkan anak-anak ini agar mereka dapat menjalani hidup yang lebih sempurna dengan membekalkan kelengkapan untuk mereka boleh belajar dengan sempurna, mendapat tempat tidur yang selesa dan menjamin masa depan yang lebih sempurna.




SUMBER KEWANGAN


Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh sememangnya tidak mempunyai pendapatan atau sumber kewangan yang tetap setiap bulan. Sumber kewangan yang ada hanyalah diperoleh daripada sumbangan ahli sukarela pertubuhan dan juga dari penyumbang yang ikhlas dari orang ramai yang telah berkunjung ke Rumah Amal Asnaf Al Barakh. Kos operasi pertubuhan setiap bulan agak tinggi dan ketiadaan sumber pendapatan seringkali menganggu program serta aktiviti yang ingin dijalankan.




Ekoran itu, Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada penderma untuk menyumbang kepada Rumah Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia. Kami di sini sememangnya tiada pendapatan yang tetap dan hanya bergantung kepada sumbangan sukarelawan. Semoga dengan sumbangan anda mampu untuk menampung kos operasi bagi menyediakan dan membina kemudahan pembelajaran dan kemahiran yang lebih selesa.



لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah Ali Imran, ayat 92)

Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung ke talian 03-4142 9577/ 017 2474550.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 05, 2023

MOHD FUZI MISWAN

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 05, 2023

Kempen Sumbangan Tamat