Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF AL BARAKH MALAYSIA
Dimulakan pada Aug 07, 2023
RM324,768 / 100.02 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM324,700
9270 Penyumbang
Kempen Berjaya
Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-Barakh telah menubuhkan Rumah Amal Asnaf Al Barakh bertempat di Lembah Keramat, Ulu Kelang dan telah diasaskan oleh Tuan Haji Yusof Noordin pada tahun 2011. Penghuni di sini adalah terdiri daripada anak-anak yatim, golongan asnaf dan mereka yang datang dari keluarga yang bermasalah. Malah ada di antara mereka dihantar sendiri oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jumlah terkini adalah seramai 37 orang penghuni termasuk 2 orang bayi.
BERI MEREKA PELUANG BINA HIDUP BARU
Dengan rasa simpati Tuan Haji Yusof Noordin mengambil inisiatif untuk menempatkan anak-anak ini agar mereka dapat menjalani hidup yang lebih sempurna dengan membekalkan kelengkapan untuk mereka boleh belajar dengan sempurna, mendapat tempat tidur yang selesa dan menjamin masa depan yang lebih sempurna.
SUMBER KEWANGAN
Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh sememangnya tidak mempunyai pendapatan atau sumber kewangan yang tetap setiap bulan. Sumber kewangan yang ada hanyalah diperoleh daripada sumbangan ahli sukarela pertubuhan dan juga dari penyumbang yang ikhlas dari orang ramai yang telah berkunjung ke Rumah Amal Asnaf Al Barakh. Kos operasi pertubuhan setiap bulan agak tinggi dan ketiadaan sumber pendapatan seringkali menganggu program serta aktiviti yang ingin dijalankan.
Ekoran itu, Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada penderma untuk menyumbang kepada Rumah Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia. Kami di sini sememangnya tiada pendapatan yang tetap dan hanya bergantung kepada sumbangan sukarelawan. Semoga dengan sumbangan anda mampu untuk menampung kos operasi bagi menyediakan dan membina kemudahan pembelajaran dan kemahiran yang lebih selesa.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, Progres menaik taraf tandas bagi keselesaan anak-anak disini.
Alhamdulillah syukur. Ini adalah hasil dari sumbangan anda yg sangat dermawan. Bahagian luar dan dalam rumah pihak asnaf al barakh cat untuk menaikkan lagi seri rumah.
Alhamdulillah syukur. Ini adalah hasil dari sumbangan anda yg sangat dermawan. Katil dan tilam baru demi keselesaan anak-anak di asrama lelaki dan perempuan. Semoga para dermawan dilimpahkan lagi rezeki dan mengalir saham akhirat. Aamiin.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 29, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 29, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Nov 29, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 29, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 29, 2023