Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM174,289 / 102.52 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM170,000
5871 Penyumbang
Kempen Berjaya
Assalamualaikum kepada para penyumbang. Yayasan Amal Maaruf Malaysia dapati bahawa masjid ini memerlukan dana untuk baik pulih kawasan. Keadaan bumbung ini juga mengalami kebocoran apabila hujan lebat. Keadaan ini agak bahaya untuk para jemaah yang bersolat jika masalah ini dibiarkan berlanjutan.
Sumbangan ini diharap dapat membantu pihak pengurusan untuk mengurus dan memperbaiki kerosakan yang berlaku untuk keselesaan jemaah dan penggunanya. Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.”
(Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11, hlm.87)
Jadi, dengan rendah diri kami menyeru kepada masyarakat untuk membantu dalam memberikan keselesaan kepada semua jemaah di kampung ini bagi menunaikan ibadah di masjid dengan hanya berinfak serendah RM10. InshaAllah dengan infak dermawan semua, ia dapat memberi keselesaan dan memudahkan urusan penduduk dalam menunaikan ibadah. Selagi masjid ini berdiri teguh, selagi itu pahala akan mengalir tanpa putus. InshaAllah
‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.” (Hadith Riwayat Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum WBT..
Tuan-tuan/Puan-puan
DISINI PIHAK KAMI INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG DIKASIHI.
alhamdulillah sekarang bumbung masjid tidak lagi bocor dan semuanya berjalan dengan lancar. Kami masih perlukan bantuan para dermawan untuk persiapan ramadhan ini. Di dapati tempat mengambil air wuduk masih belum dapat disiapkan kerana dana yang belum mencukupi, Dengan itu terus sokong YAMM salurkan kebaikan untuk orang ramai amin..
Assalamualaikum WBT..
Tuan-tuan/Puan-puan
DISINI PIHAK KAMI INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG DIKASIHI.
Barang barang & peralatan telahpun sampai, kerja kerja membaik pulih akan dimulakan. Kami masih perlukan bantuan para dermawan untuk persiapan ramadhan ini. Di dapati tempat mengambil air wuduk masih belum dapat disiapkan kerana dana yang belum mencukupi, Dengan itu terus sokong YAMM salurkan kebaikan untuk orang ramai amin..
'PROSES MEMBAIK PULIH BUMBUNG MASJID YANG ROSAK'
'PROSES MEMBAIK PULIH BUMBUNG MASJID YANG ROSAK'
Assalamualaikum WBT..
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYUMBANG YANG DIKASIHI.
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, duit yang telah di sumbangkan oleh tuan-tuan dan puan-puan telah pun digunakan untuk membaik pulih bumbung masjid yang mengalami kerosakan.
Bumbung yang bocor di dalam masjid pun sedang dalam proses dibaik pulih. Marilah bersama-sama kita membantu semoga proses membaik pulih bumbung masjid ini agar Jemaah masjid akan lebih selesa untuk beribadah di masjid ini.
TERIMA KASIH PARA PENYUMBANG
Assalamualaikum WBT..
Warga Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang. Kami sentiasa mendoakan para penyumbang diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Semoga harta yang disumbangan menjadi bekalan indah menuju ke akhirat kelak.
Mohd Fayyadh Bin Jaafar
Jumlah: 1
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 20, 2023
RAJA AINURAZIYAH
Menyumbang sebanyak RM100.00
Mar 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Mar 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 20, 2023