Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jan 24, 2024
RM150 / 5.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
9 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dengan segala rasa rendah diri dan kasih sayang, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah membuka peluang kepada semua yang dihormati untuk menyertai kempen infaq perubatan kepada pelajar asnaf dan yatim. Sejauh ini, kami sedar bahawa keperluan perubatan adalah aspek yang penting dalam menjamin kesejahteraan dan kesihatan para pelajar kami yang kurang bernasib baik.
Sehubungan itu, kami mengajak saudara dan saudari sekalian untuk menyumbangkan sebahagian dari rezeki yang diberikan oleh Allah SWT bagi membantu menanggung kos perubatan mereka. Sumbangan ini bukan hanya membantu menyediakan rawatan perubatan yang diperlukan, tetapi juga untuk membeli bekalan ubatan yang sudah kehabisan agar mencukupi bagi keperluan pelajar saat mereka diduga dengan masalah kesihatan.
Tujuan pihak kami mengadakan infaq dana perubatan adalah untuk membantu pelajar-pelajar miskin yang menghadapi cabaran kesihatan akhir-akhir ini. Ramai di antara mereka yang sedang menghadapi ujian kesihatan dan kami ingin memastikan mereka dapat menerima perawatan dan bantuan perubatan yang mereka perlukan.
Akhir kata, mari menyumbang agar kita dapat memberikan kesejahteraan dan kelegaan kepada pelajar-pelajar yang sedang berjuang melawan penyakit. Sesungguhnya setiap sumbangan yang diberikan menjadi bentuk kasih sayang dan kepedulian anda terhadap anak-anak pelajar kami yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amalan yang diterima di sisi Allah SWT dan memberikan manfaat yang berpanjangan. Jazakumullahu khairan jaza.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 29, 2024
AIZAT AZMI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 27, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 25, 2024