Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Sep 07, 2023
RM215 / 7.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sebagai seorang Muslim, kita dianjurkan untuk selalu berinfaq dan bersedekah dari harta yang kita miliki sebagai tanda syukur kepada Allah dan sebagai bentuk kasih sayang dan keprihatinan kepada sesama manusia. Ini adalah bentuk ibadah yang tidak hanya membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga merupakan cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sehubungan itu, bagi mewujudkan rasa syukur pihak maahad menyeru muslimat muslim berinfaq untuk barangan keperluan asas dapur di maahad kami. Ini adalah satu tindakan yang sangat mulia dan membantu dalam menyokong keperluan harian pelajar tahfiz asnaf dan anak yatim kami bagi memastikan bahawa mereka mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dan berkualiti.
Keperluan asas dapur tersebut termasuk bahan makanan kering seperti gula, garam, minyak masak, rempah ratus, sayur-sayuran, sos kicap dan beberapa keperluan yang lain lagi. Semua ini adalah penting dalam memastikan bahawa keperluan harian para pelajar kami dapat dipenuhi dengan baik.
Melalui sumbangan ini akan dapat membantu anak-anak tahfiz yang memerlukan dan para dermawan akan merasakan kebahagiaan dan kepuasan dalam berbuat kebaikan. Dengan adanya barang keperluan asas dapur ini akan membantu pihak maahad dalam menyediakan makanan yang berkualiti untuk pelajar-pelajar kami dan ini adalah satu bentuk sokongan yang sangat bermakna untuk pendidikan mereka. Jazakumullahu khairan jaza atas kebaikan dan sumbangan kalian yang sangat berharga.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
HSR
Menyumbang sebanyak RM15.00
Sep 08, 2023
NABILAH BINTI ZULKIFLI ASRAP, MAHANI BINTI BON, RASMINAH BINTI MOHAYAT
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 08, 2023