MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 10, 2024

SEGERAKAN PEMBINAAN MENARA AZAN ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM180 / 6.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

15 Penyumbang

1 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH KITA BEREBUT PELUANG BERINFAQ KEPADA ANAK-ANAK SYURGA INI DENGAN PEMBINAAN MENARA AZAN DEMI MENGIMARAHKAN MASJID DI BUMI ALLAH SWT.


Assalamualaikum wbt, dengan penuh kerendahan hati, pihak maahad membuka peluang kepada muslimin dan muslimat sekalian untuk berinfaq membantu dalam pembinaan menara azan di maahad ini yang kini belum sempurna. 



Dengan bantuan daripada pihak penyumbang sekalian, kami yakin menara azan ini akan menjadi satu penambah nilai dengan menyampaikan laungan azan solat lima waktu di sekitar kawasan maahad dan penduduk sekitar. Selain itu, menara azan yang dibina akan memberi peringatan tentang masuknya waktu solat kepada masyarakat setempat sekaligus mendorong mereka menjaga bersolat berjemaah dan dapat mengimarahkan surau tahfiz kami di sini. 



Kos pembinaan ini merangkumi pembuatan tangga serta stand speaker, upah menaikkan tiang menara azan dan kos upah pembuatan kubah menara. Nabi ﷺ bersabda:


"Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, anak yang soleh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya”

(Hadis Riwayat al-Muslim)



Amalan berinfaq terutama kepada anak yatim dan asnaf di sini merupakan amalan yang mulia yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjadikan hidup kita lebih berkat dan setiap laungan azan di tahfiz ini akan menjadi saham pahala untuk kehidupan di akhirat kelak .


Bermula RM10, ayuh sama-sama berinfaq membantu tahfiz ini untuk melengkapkan pembinaan menara azan. Semoga amal kebajikan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT dan kita termasuk dalam kalangan sebahagian hambaNya yang mendapat lindungan arasy Allah SWT di akhirat kelak.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SUPIAH BINTI JAMALUDIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 13, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 13, 2024