MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 15, 2024

TABUNG INFAQ DAGING SEGAR BUAT ANAK ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM45 / 1.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

3 Penyumbang

5 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah berinfaq bagi memudahkan pembelajaan kos Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah yang serba kekurangan dan kurang berkemampuan.


Penyumbang yang dikasihi Allah SWT. Allah SWT yang berkuasa telah menjadikan binatang lembu yang menunjukkan bukti kekuasaan Allah SWT kepada kita sebagai manusia. Manusia dapat mengambil pelbagai manfaat daripadanya antaranya seperti daging, tulang, kulit, tanduk, ekor, perut dan lain-lain lagi. Daging lembu merupakan makanan yang mengandungi banyak protein membantu meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan badan para pelajar yang sihat selain dapat memastikan mereka dalam keadaan terbaik untuk menghafal dan mempelajari Al-Quran.



Oleh itu, pihak kami berharap muslimin dan muslimat agar sama-sama membantu kami untuk memdapatkan makanan berkhasiat seperti daging segar. Dengan sumbangan infaq ini, pihak Maahad dapat membuat pembelian daging segar untuk anak-anak di sini yang mana anak-anak tahfiz yatim dan asnaf di sini sangat memerlukan makanan berkhasiat berikut, supaya mereka mendapat tenaga yang mencukupi semasa pengajian mereka dan membantu ketumbuhan badan yang sihat.



إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن 


"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."

(Surah al-Baqarah: 271)



Akhir sekali, marilah kita sama-sama berinfaq kepada Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Hidayah dengan serendah RM10 untuk mendapatkan daging segar buat pendamping Al-Quran untuk memberikan protein dan tenaga yang mencukupi dan membantu menaikkan semangat mereka dalam menuntut ilmu Al-Quran. Semoga dengan Doa anak-anak ini atas infaq kalian akan memberi kesejahteraan dan kebahagiaan kepada peinfaq-peinfaq dan memurahkan rezeki di panjangkan umur dalam ketaatan dalam perintahnya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SEMUT HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 18, 2024

MUHAMMAD TAUFIK

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 16, 2024