Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Sep 24, 2024
RM145 / 4.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
9 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Saya mewakili Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah, dengan rasa rendah hati kami ingin memohon kepada muslimin dan muslimat sama-sama berkongsi rezeki dengan berinfaq keperluan makanan asas berkhasiat seperti gula, garam, kopi, sardin dan lain-lain lagi kepada anak-anak yang semangat dalam menuntut ilmu demi mencapai kejayaan mereka untuk menjadi Hafiz Al-Quran. Pihak maahad berharap kepada muslimin dan muslimat agar dapat sama membantu kami dalam mendapatkan keperluan tersebut.
Surah Al-Baqarah Ayat 267 Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, infakkanlah sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untukmu. Janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu infaqkan, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya, Maha Terpuji.”
Akhir kata, kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada insan-insan yang sanggup mengorbankan harta di jalan Allah SWT dengan memberi sumbangan kepada anak-anak syurga ini,semoga Allah SWT murahkan rezeki kalian jauhkan penyumbang penginfaq daripada musibah dan Semoga Allah memberikan A’fiah kepada mereka dalam kehidupan mereka.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami