MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 07, 2024

HADIRKAN KASIH DALAM INFAQ PEMBELIAN PETI SEJUK MENYIMPAN SAYURAN

RM30 / 1.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

3 Penyumbang

3 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH KITA HULURKAN TANGAN MEMBANTU DALAM INFAQ BAGI PEMBELIAN SEBUAH PETI AIS CHILLER DI MAAHAD TAHFIZ INI UNTUK MENYEDIAKAN MAKANAN YANG SEGAR DAN BERNUTRISI BUAT PENDAMPING AL-QURAN.


Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam, Kedah ini merupakan institusi yang menawarkan pengajian dan penghafalan Al-Quran serta pengajian fardhu ain kepada anak-anak yang kurang berkemampuan seperti anak yatim dan golongan asnaf. Pihak maahad ingin membuka peluang kepada muslimin dan muslimat sekalian bagi berinfaq untuk membeli sebuah peti ais chiller bagi menyimpan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kemudahan harian anak-anak tahfiz di sini.



Ketiadaan peti ais chiller ini memberi kesan kepada makanan anak-anak di sini. Sayur-sayuran dan buah-buah tidak tahan lama. Tambahan pula, cuaca yang tidak menentu seperti hujan dan panas menyebabkan sayur-sayuran dan buah-buahan cepat layu dan rosak.


Dalam pada itu, anak-anak di sini memerlukan nutrisi yang berkhasiat dan seimbang untuk kekal sihat dalam menghafal kalamullah dan menuntut ilmu. Dengan adanya peti ais chiller ini, insya-Allah dapat memastikan makanan yang serat lagi berkhasiat tersebut segar dan tidak mudah rosak.



Kos pembelian sebuah peti sejuk chiller yang berkapasiti besar dianggarkan berharga RM4,500. Sehubungan itu, pihak maahad sangat mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada muslimin dan muslimat sekalian sama ada kecil atau besar bagi menjayakan kempen infaq pembelian sebuah peti sejuk chiller untuk kemudahan fasiliti di dapur masak dan makanan yang berkhasiat buat anak-anak tahfiz yatim dan asnaf ini.


Rasulullah ﷺ bersabda: “ Apabila seseorang manusia mati maka terputuslah semua amalannya kecuali daripada tiga perkara (yang selepas mati pun pahalanya berterusan ).1.sedekah jariah 2.ilmu yang dimanfaatkan (oleh orang ramai) dan 3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuknya.” (Misykat: Muslim)



Akhir kata, marilah kita bersama-sama membantu melestarikan hasrat anak-anak di sini dengan kehadiran peti sejuk chiller ini. Insya-Allah, setiap amal kebaikan yang mereka buat sama ada solat berjemaah, menghafal ayat-ayat Allah, belajar ilmu agama dan mengamalkannya juga akan menjadi pahala yang tidak putus-putus buat para budiman walaupun sudah meninggal dunia.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MEOR ROSAZMAN MD IDRIS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 10, 2024

FARAH AINA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 08, 2024