Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Sep 08, 2023
RM275 / 9.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah berbesar hati mengadakan kempen sumbangan ikan segar ini untuk membantu memenuhi keperluan makanan harian anak-anak tahfiz asnaf dan yatim di sini. Dalam keadaan yang mencabar sekarang ini, harga barangan dan makanan yang meningkat menjadi satu cabaran yang besar. Oleh itu, dengan usaha dan sokongan dari muslimin dan muslimat yang prihatin amat diharapkan bagi menjaga keperluan makanan harian mereka.
Makanan yang sihat dan bernutrisi seperti ikan sudah semestinya menjadi keperluan harian buat anak-anak ini dalam rangka untuk mencetak generasi Qurani. Hal ini kerana apa yang mereka makan dapat memberikan dorongan sewaktu proses menghafal Al-Quran. Dalam tempoh sehari pihak maahad memerlukan 13 kilo ikan segar bagi melengkapi keperluan makanan 70 orang anak-anak tahfiz kami.
Sehubungan itu, mulai RM10 mari rebut keutamaan bersedekah di hari Jumaat yang berkah bagi membantu memenuhi keperluan makanan para penuntut ilmu di maahad kami yang akan memartabatkan kalimah Allah di muka bumi ini kelak. Terdapat pelbagai ganjaran istimewa disediakan buat mereka yang menghidupkan sunnah memberi makan terutamanya bersedekah di penghulu segala hari.
“Dihari kiamat nanti akan dikatakan kepada mereka, tariklah mereka yang pernah memberimu makan walau sesuap, memberimu minum walau seteguk, memberimu pakaian walau selembar peganglah tangannya dan tuntunlah mereka ke dalam syurga." (HR. Bukhari)
Akhir kata, dengan bergabung dalam usaha mulia menyediakan makanan terbaik untuk para pelajar ini insya-Allah semua harta yang para dermawan belanjakan di jalan Allah akan menjadi pahala jariyah. Semoga Allah SWT meluaskan pintu rezeki para dermawan yang membantu untuk kelancaran pengajian anak-anak tahfiz ini. Jazakumullahu khairan jaza.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Sep 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 08, 2023