MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 17, 2024

TABUNG INFAQ MAKANAN BERKHASIAT BUAT PEJUANG AL QURAN

RM60 / 2.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

3 Penyumbang

13 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Infaq makanan berkhasiat bertujuan membantu membekalkan makanan berkhasiat buat anak-anak yatim dan fakir miskin yang menuntut ilmu agama dan menghafal Al-Quran


Di maahad tahfiz ini, terdiri daripada ramai pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, termasuk asnaf dan fakir miskin, yang berhasrat mendalami ilmu agama dan menghafal Al-Quran. Antara barang keperluan yang sering diperlukan ialah minyak masak, sayur-sayuran, gula, garam, beras, mi,bihun, kuew teaw, kicap, sos dan lain-lain lagi untuk kegunaan masakan di sini.



Bekalan makanan yang mencukupi memastikan keperluan makanan harian pelajar dapat dipenuhi, membolehkan mereka terus fokus pada pengajian tanpa perlu risau akan kelaparan atau kekurangan zat makanan. Sumbangan ini tidak sahaja membantu kesejahteraan tubuh badan,bahkan turut membantu dalam perkembangan mental dan rohani anak-anak tahfiz.



Oleh itu, pihak maahad ingin mengajak muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah SWT untuk ambil peluang ini dengan memberikan sumbangan buat mereka. Semoga kita juga akan mendapat saham pahala yang sentiasa mengalir selagi mana mereka belajar, mengamalkan serta mengajarkan Al-Quran kepada orang ramai. Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:


"Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barangsiapa yang menjadi mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan dia akhirat. Barangsiapa yang menutupi aib serorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka meolong saudaranya.”

(HR Muslim)



Bermula RM10, marilah bersama-sama memberikan sumbangan yang bermakna dan memberi manfaat untuk kesihatan dan pembelajaran kepada anak-anak asnaf dan yatim di maahad kami yang kurang bernasib baik. Jazakumullahu khairan jaza atas kebaikan dan kepedulian anda. Semoga amalan baik ini diterima oleh Allah SWT serta diberkati dengan kesejahteraan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 18, 2024