MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 09, 2024

INFAQ PENAPIS AIR BUAT HAFIZ AL QURAN UNTUK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM200 / 6.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

11 Penyumbang

Hari Terakhir

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI KITA RAIHKAN PAHALA DENGAN HADIRKAN SEBUAH MISIN PENAPIS AIR BUAT ANAK-ANAK SYURGA INI UNTUK HILANG KEHAUSAN.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Hidayah membuka tabung sumbangan kepada orang ramai bagi membiayai kos pembelian penapis air dan kos penyelenggaraan penapis air bagi keperluan pelajar dan guru-guru di maahad kami di sini. Marilah sama-sama kita berkongsi kebaikan dan kasih sayang dengan memberikan sumbangan dan menghadirkan sebuah mesin penapis air mereka.



Walau bagaimanapun, terdapat beberapa lagi mesin penapis air yang masih belum selesai pembayaran. Pembayaran tersebut merangkumi kos bayaran bulanan dan kos penyelenggaraan penapis air minuman. Oleh itu, pihak maahad melancarkan kempen ini bagi menampung kos pembayaran dan kos penyelenggaraan mesin penapis air. Infaq ini bukan sahaja mendatang manfaat buat anak-anak tahfiz bahkan setiap ringgit yang dibelanjakan atas menghidupkan pendidikan agama Islam ini akan diganti dengan dengan kebaikan dan keberkatan hatta di dunia lagi.



Rasulullah SAW bersabda: “Setiap hari dua malaikat turun dari langit dan salah seorang dari mereka berkata: “Ya Allah! Gantikan (harta) setiap orang yang membelanjakan dalam jalanMu” dan yang lain (malaikat) berkata, “Ya Allah! Hancurkan setiap yang menahan (hartanya) dari sedekah” 

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan al-Muslim)



Ayuh kita menabung saham akhirat dalam membantu anak-anak tahfiz yang terdiri daripada kalangan anak yatim dan asnaf yang berhasrat menjadi hafiz Al-Quran. Semoga infaq muslimin dan muslimat akan menberi manfaat kepada mereka di sini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAJJAH FATIMAH @ AZIZAH BINTI ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 09, 2024