MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 10, 2024

TABUNG INFAQ PETI SEJUK BEKU ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM20 / 0.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

2 Penyumbang

5 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Gandakan pahala dengan sedekah jariah bagi menghadirkan peti sejuk beku yang baru untuk manfaat anak-anak tahfiz, yatim dan asnaf. Jom berinfaq sekarang!


Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang tuan/puan telah hulurkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, pihak kami masih belum mencapai jumlah sasaran bagi menghadirkan peti ais freezer tersebut. Oleh itu, pihak maahad merayu muslimin dan muslimat berinfaq bagi pembelian sebuah peti sejuk beku bagi kemudahan fasiliti di dapur maahad.



Peti sejuk tersebut akan dimanfaatkan untuk menyimpan bahan basah seperti ikan, ayam,daging dan lain-lain. Peti sejuk freezer yang sedia ada di maahad bersaiz kecil dan sudah lama serta tidak mempunyai ruang yang cukup bagi menyimpan bahan basah.



Sehubungan itu, pihak maahad mengadakan kempen infaq ini bagi mencari dana pembelian sebuah peti sejuk beku untuk kemudahan fasiliti di dapur. Anggaran kos untuk sebuah peti sejuk beku yang berkapasiti besar adalah RM2,500. Anggaplah anak-anak tahfiz ini seperti anak-anak anda dan insya-Allah mereka akan terus menerus mendoakan kejayaan, kebahagiaan dan kemurahan rezeki buat kalian. Rasulullah ﷺ bersabda:


“Apabila seseorang manusia mati maka terputuslah semua amalannya kecuali daripada tiga perkara (yang selepas mati pun pahalanya berterusan ).1.sedekah jariah 2.ilmu yang dimanfaatkan (oleh orang ramai) dan 3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuknya.” (Misykat: Muslim)



Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza’ atas kebaikan dan kemurahan hati muslimin dan muslimat yang bantu menyumbang untuk tabung infaq bagi menyediakan kemudahan peti sejuk beku buat anak-anak tahfiz di sini. Ingatlah, semakin banyak kalian menyumbang maka semakin banyak pertolongan serta bantuan yang Allah turunkan kepada anda semua.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAJJAH FATIMAH @ AZIZAH BINTI ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 11, 2024