Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM619,936 / 100.15 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM619,000
24420 Penyumbang
Kempen Berjaya
“Kalau rumah ini diambil… Kami macam mana?”
Kesungguhan seorang ibu tunggal bernama Sharifah Bt Adlan atau lebih dikenali sebagai Mak Pah menubuhkan Rumah Titian Kaseh pada tahun 1998 membuahkan hasil apabila mampu menjadi tempat berlindung bagi golongan masyarakat yang memerlukan perlindungan.
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).” Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya” (QS. Saba’: 39).
Dari kecil lagi anak-anak ini sudah memahami erti untuk berdikari menguruskan kehidupan mereka sendiri. Tapi dalam tidak sedar, tidak ramai yang tahu, rumah yang anak-anak syurga ini berteduh, bakal dilelong seandainya hutang pembelian rumah ini tidak dapat diselesaikan. Dengan keadaan ekonomi yang makin mencabar. Ia menambah kesukaran kami untuk terus memberi perlindungan kepada anak-anak ini.
Anak-anak di rumah perlindungan ini tidak ketinggalan dalam pelajaran oleh kerana kami mahu anak-anak ini mempunyai masa depan yang baik. Untuk makluman, setiap bulan, pihak kami akan membayar kepada pihak bank sebanyak RM17,000 untuk jumlah hutang rumah ini yang berjumlah RM3,000,000. Namun, sehingga setakat ini, hanya berbaki RM1,300,000 juta lebih sahaja yang kami perlukan untuk selesaikan pembayaran hutang rumah ini dengan segera.
Selain itu, dengan dana ini juga akan kami gunakan untuk pembayaran bagi dana pengurusan harian, kelengkapan anak-anak yatim ini serta barangan asas perubatan buat mereka semua. Jadi, dengan anggaran dana yang kami perlukan sekarang ini adalah RM200,000 mampu memberi impak besar kepada penghuni di sini.
Anak-anak dekat sini tak ketinggalan diberikan juga dengan didikan agama yang cukup agar mereka dapat membesar dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Ada sebab kenapa kami bersungguh-sungguh nak minta bantuan dari anda. Semuanya adalah disebabkan untuk kebaikan anak-anak yatim dan asnaf di rumah ini. Mereka disini dijaga dengan sangat baik. Banyak kemudahan yang diberikan kepada anak-anak ini supaya mereka tidak ketinggalan terutamanya dalam pelajaran dan agama agar mereka ada kehidupan yang lebih sempurna pada masa akan datang.
Wajah anak-anak Titian Kaseh yang sepatutnya kita bantu untuk mereka teruskan kehidupan mereka.
Tenang bila tengok wajah anak-anak ini. Tapi siapa yang tahu disebalik senyuman ni tersembunyinya 1001 perasaan yang rindukan mak ayah mereka.
Kami tidak mahu anak-anak di sini berasa bimbang dengan masalah yang ada ini. Kami bertekad akan tetap berusaha macam mana sekalipun untuk memberikan kemudahan sebaik-baiknya untuk mereka sebab kami tak mahu disebabkan masalah ini mereka juga laluinya sebaliknya kami sentiasa mengharapkan anak-anak ini tenang untuk menjalani kehidupan harian mereka macam anak-anak di luar sana.
Wajah-wajah anak yatim dan asnaf yang gembira tinggal di sini asbab kesungguhan ramai pihak yang sentiasa berusaha berikan yang terbaik buat anak-anak ini. Melihat wajah anak-anak ini gembira pun dah cukup bermakna untuk kami disamping kami mahu mereka berjaya di masa depan mereka. Harapan kami bila mereka dah dewasa nanti, mereka ini dapat menjadi manusia yang bakal berbakti kepada orang lain yang memerlukan di luar sana.
Kebajikan anak-anak di sini terjaga dengan baik dari segi pelbagai aspek. Jadi dengan usaha yang tak putus asa, pihak pengurusan Rumah Titian Kaseh merayu untuk para penyumbang di luar sana sudi bantu kami melangsaikan hutang rumah ini supaya anak-anak di sini tak akan rasa susah dan sekaligus mereka dapat menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik lagi.
Kami doakan kepada anda yang sudi memberi sumbangan ikhlas ini dimurahkan rezeki, hanya Allah yang mampu membalas jasa baik dan memberi nikmat-nikmatnya yang tak terduga dariNya.
Rasulullah SAW bersabda:
“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”.
[Riwayat Muslim, (2983]
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 24, 2023
ABAINA WA UMMAHATINA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM200.00
Nov 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 24, 2023