MAAHAD TAHFIZ AL QURAN DARUL FALAH

Dimulakan pada Feb 10, 2023

INFAQ PEMBINAAN SURAU MAAHAD TAHFIZ AL QURAN DARUL FALAH

RM213,715 / 71.24 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000

9494 Penyumbang

20 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Tujuan kutipan dana kempen Infaq Pembinaan Surau ini dijalankan adalah untuk mengumpul dana bagi menyiapkan baki lebih kurang lagi 30 peratus untuk surau ini siap sepenuhnya.


“Sampai bila kami nak tunggu surau ni siap?.. Lama dah kami menunggu..

Takkanlah korang sanggup nak tengok kami solat dalam keadaan macam ini…”


Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Falah ini merupakan sebuah tahfiz yang terdiri daripada pelajar perempuan sahaja dan memiliki seramai 100 lebih pelajar. Tahfiz ini terletak di Sungai Besar, Selangor. Untuk makluman juga, maahad ini diasaskan oleh Ustaz Mastor di mana beliau merupakan pengetua serta tenaga pengajar di sini. Firman Allah SWT:


“𝐷𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎 𝑠𝑎ℎ𝑎𝑗𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑖𝑛𝑓𝑎𝑞𝑘𝑎𝑛 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑔𝑎𝑛𝑡𝑖𝑘𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎. 𝐷𝑎𝑛 𝐷𝑖𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑝𝑒𝑚𝑏𝑒𝑟𝑖 𝑟𝑒𝑧𝑒𝑘𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑟𝑏𝑎𝑖𝑘. ”



𝐾𝑒𝑎𝑑𝑎𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟 𝑝𝑒𝑙𝑎𝑗𝑎𝑟-𝑝𝑒𝑙𝑎𝑗𝑎𝑟 𝑡𝑎ℎ𝑓𝑖𝑧 𝑑𝑖 𝑠𝑖𝑛𝑖 𝑠𝑜𝑙𝑎𝑡 𝑑𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑘𝑒𝑙𝑎𝑠 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑚𝑝𝑖𝑡


Itulah kelas dan itulah juga surau untuk anak-anak tahfiz muslimah yang tinggal di sini. Pada awalnya, tiada masalah namun disebabkan pelajar pun semakin bertambah, menjadikan kami di sini mengalami masalah ruang untuk anak-anak tahfiz muslimah ini untuk solat mahupun mengaji. 



𝐼𝑛𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑎𝑘 𝑝𝑢𝑡𝑢𝑠 𝑎𝑠𝑎 𝑛𝑎𝑘 ℎ𝑎𝑓𝑎𝑙 𝐴𝑙-𝑄𝑢𝑟𝑎𝑛


Mereka di sini hanyalah menyimpan satu harapan di mana mereka nak ubah nasib keluarga mereka untuk keluar dari kesusahan hidup. Untuk memastikan anak-anak ini mendapat penjagaan dan didikan berterusan, kami sedaya upaya berusaha untuk bantu mereka di sini dari segi keselesaan belajar dan beribadah dengan ikhtiar nak membangunkan sebuah surau yang lebih selesa buat anak-anak tahfiz dan asnaf ini.


Namun, kami mengalami kekurangan dana untuk merealisasikan impian anak-anak tahfiz asnaf ini. Dana yang diperlukan untuk menyiapkan baki pembinaan surau ini hanya tinggal lagi RM100,000. Jika kami gagal mendapatkan dana ini, pembinaan akan terhenti dan projek akan terbengkalai. Ini amat merugikan semua pihak.






𝑆𝑢𝑟𝑎𝑢 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑝𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎𝑎𝑛


Tak sanggup rasa di hati untuk melihat keadaan mereka, berhimpit setiap kali nak solat. Tapi, kami di sini kekurangan dana untuk sediakan surau khas, jadi buat sementara ini, hanya kelas yang ada inilah untuk mereka jadikan tempat solat secara berjemaah. 


Jika anda renungkan wajah anak-anak ini, nilai yang kita bantu untuk kita binakan surau buat mereka, lagi besar nilai kesungguhan dan kesabaran mereka yang selama ni menyimpan impian yang terlalu lama untuk merasai suasana solat dan belajar di surau seperti anak-anak tahfiz di luar sana. Takkan sanggup anda nak biarkan? 



𝑀𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑝𝑒𝑗𝑢𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑔𝑎𝑚𝑎


Tak banyak dan tak besar permintaan mereka. Surau yang akan terbina ini akan mengumpul seribu satu harapan dan impian baru untuk kami di sini. Tak dapat bayangkan betapa gembiranya anak-anak gadis tahfiz di sini dapat solat dan belajar di tempat yang lebih selesa. 


Jadi, marilah bersama kami untuk membantu realisasikan keselesaan buat anak-anak tahfiz di sini agar mereka tak berputus asa nak belajar agama hingga berjaya di masa hadapan. Mudah-mudahan penghijrahan dan ibadah yang kita lakukan mendapat redha Allah SWT serta menjadikan kita hambaNya yang sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikanNya. InsyaAllah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

NURHIDAYAH ISMAIL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

FARIDAH BINTI HASSAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 25, 2023