MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 15, 2024

BIL UTILITI ELETRIK DAN AIR UNTUK ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM140 / 4.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

11 Penyumbang

10 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH MENCARI KEREDAAN ALLAH SWT DENGAN MENYUMBANG UNTUK MENAMPUNG BIL UTILITI ELEKTRIK DAN AIR BAGI KEMUDAHAN IBADAH DAN MENUNTUT ILMU PARA PENGHAFAZ AL-QURAN DI MAAHAD KAMI.


Dengan penuh kesedaran akan cabaran yang dihadapi, kami dari Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin membuka peluang kepada para dermawan yang prihatin untuk sama-sama berinfaq bagi menampung bayaran bil elektrik dan air yang meningkat di maahad kami. Sumbangan ini sedikit sebanyak membantu pihak maahad menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dan ibadah para pelajar.



Bayaran bulanan bil elektrik dan air merupakan salah satu cabaran yang cukup besar bagi maahad tahfiz kami. Dengan adanya sumbangan infaq anda, kami dapat memastikan kelangsungan operasi maahad tahfiz kami dapat berjalan dengan baik dan secara tidak langsung menyokong mereka dalam perjalanan mereka untuk memperoleh ilmu agama dan membina masa depan yang lebih baik



Mulai RM10, infaq yang diberikan akan memastikan pelaksanaan solat fardhu, kelas pengajian agama, kelas hafalan Al-Quran dan ibadah malam dapat berjalan lancar. Selain itu, wang ringgit yang anda berikan juga akan menjadi batu loncatan bagi kemajuan pengajian Islam di maahad tahfiz kami.



Ayuh bersama-sama meraih pahala yang melimpah dengan berinfaq dalam memastikan kelancaran pengajian Islam dan amal ibadah di maahad kami. Sesungguhnya, setiap sedekah yang tulus akan mendatangkan keberkatan yang melimpah di dunia dan akhirat.


Imam Sayuti Rha. menukilkan tentang galakan Nabi ﷺ tentang menginfaqkan harta di jalan Allah SWT kepada Sayyidina Zubair. Antara nasihat Nabi ﷺ kepada Sayyidina Zubair iaitu: Allah SWT berkata, ”Wahai hamba-Ku, kamu infaqkan ke atas orang lain maka Aku akan kurniakan infaq kepada kamu.Kamu permudahkan ke atas orang lain nescaya Aku akan permudahkan ke atas kamu.”


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 16, 2024