MASJID MUKIM PADANG PAK AMAT

Aktif sejak Apr 24, 2021

Tentang Penganjur

Masjid ini berada di tepi jalan utama yang menuju ke bandar Pasir Puteh.Lokasi masjid ini ialah 7km dari bandar Pasir Puteh.

Masjid Mukim Padang Pak Amat ini terletak di Daerah Pasir Puteh 16800, Pasir Puteh, Kelantan. Pada asalnya masjid ini ialah surau kayu dan dana pembinaan masjid ini telah disumbangkan oleh pihak kerajaan pusat sebanyak RM100,000.

 Binaan masjid ini terdapat dua menara yang berkubah dan satu kubah.Terdapat juga ruang solat utama yang berlantaikan permaidani indah dan disediakan juga ruang solat tambahan di masjid ini.Selain itu,di dinding masjid ini terdapat ayat-ayat suci al-Quran yang terukir indah.Masjid ini juga berbentuk segiempat pada asas binaannya. 

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.


Jalan Pasir Puteh - Kota Bharu , 16800, Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia
abimurabbi@gmail.com
0139523361

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakanlah kepada kami rezeki yang luas. Kurniakanlah kami rezeki yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakanlah kepada kami rezeki yang luas. Kurniakanlah kami rezeki yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah..jadikanlah keturunan ku org yg mencintai agama, menjadi cendekiawan dan pejuang islam.. diberikan kebaikan dunia dan akhirat..aameen

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah permudahkan lah urusan kami di dunia dan akhirat, jadi kan lah kami hamba mu yang beriman dan bertaqwa. Tempatkanlah kami di syurga mu ya Allah dan jauhilah dari azab neraka

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah, rezekikan pemberi ini dengan kenaikan pangkat ke gred S44 wahai Tuhan Yang Maha Pemberi

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah Ya rahman Ya Rahim.. Ya Ghoni Ya Fattah Ya Razzak.. Terima kasih utk setiap limpahan rezeki dan rahmatMu buat kami dan keluarga kami. Memberikan kami kemampuan utk berkongsi.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: