Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah telah ditubuhkan pada 5hb Disember 2021 cetusan idea daripada Ustaz Mat Arop Bin Hanafiah. Motif pembangunan pusat pengajian ini adalah untuk melahirkan lebih ramai Huffaz, Qurraâ dan Duat disamping menjadi sebagai medium untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam yang celik membaca Al-Quran. Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah menekankan perkembangan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat mengimbangi perkembangan para pelajar baik dari segi jasmani, emosi dan rohani. Disamping itu, antara inisiatif membangunkan Maahad ini bertujuan untuk menjadi wadah bagi golongan berumur yang ingin mempelajari Al-Quran dan ilmu-ilmu keagamaan. Dengan itu, Pondok Pengajian Ar-Raudah juga menjadi sebahagian daripada perancangan kami untuk menempatkan golongan warga emas yang ingin mendalami ilmu keagamaan.
ROSHIDAH MOHAMED KASBY
Ya Allah Ampunkn segala dosa kedua ibu bapa kami keluarga ,Sahabat dan jiran muslimin serta muslimat. Ya Allah lenyapkan sembuhkn penyakit kami, luaskn rezeki kami, berkati,redhai, rahmati kami. permudahkn segala urusan hidup kami. kurniakn kesihatan kebahagian kejayaan didunia dan diakhirat. kurniakn kpd cucu2 ku kefahaman ilmu,istiqomah mendirikn solat, membaca alquran, ahlak yg mulia
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga Allah memakbulkan segala doa yg diminta, dimurahkan rezeki seluas langit dan tidak disangka-sangat, dikurniakan keafiatan sampai bila-bila utk melakukan segala kebaikan dan ketaatan & diterima segala amalan serta di masukkan ke syurga tanpa hisab
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini