Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah telah ditubuhkan pada 5hb Disember 2021 cetusan idea daripada Ustaz Mat Arop Bin Hanafiah. Motif pembangunan pusat pengajian ini adalah untuk melahirkan lebih ramai Huffaz, Qurraâ dan Duat disamping menjadi sebagai medium untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam yang celik membaca Al-Quran. Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah menekankan perkembangan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat mengimbangi perkembangan para pelajar baik dari segi jasmani, emosi dan rohani. Disamping itu, antara inisiatif membangunkan Maahad ini bertujuan untuk menjadi wadah bagi golongan berumur yang ingin mempelajari Al-Quran dan ilmu-ilmu keagamaan. Dengan itu, Pondok Pengajian Ar-Raudah juga menjadi sebahagian daripada perancangan kami untuk menempatkan golongan warga emas yang ingin mendalami ilmu keagamaan.
NINA EMYRA BINTI AZMAN
Semoga Allah kurniakan rezeki yg mewah halal lagi berkat, dikurniakan zuriat yg soleh solehah, diberikan kesihatan yg baik, dipermudahkan segala urusan, semoga sentiasa istiqomah beribadah ke jalan yg diredhai Allah. Kau alirkanlah setiap sedekah ku ini kepada seluruh muslimin dan muslimat sama ada yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia.
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya allah ampunkan dosa²ku,kedua orng tuaku,adik beradik ,ahli keluargaku,terimalah ibadahku ini keranaMu,masukkan kami ke dlm syurgamu dgn rahmatMu ,jauhkan kami dri azab api nerakaMu,matikan kami dlm husnul khotimah serta selamatkan kami di dunia & akhirat..Aamiin..
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini