Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah telah ditubuhkan pada 5hb Disember 2021 cetusan idea daripada Ustaz Mat Arop Bin Hanafiah. Motif pembangunan pusat pengajian ini adalah untuk melahirkan lebih ramai Huffaz, Qurraâ dan Duat disamping menjadi sebagai medium untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam yang celik membaca Al-Quran. Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah menekankan perkembangan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat mengimbangi perkembangan para pelajar baik dari segi jasmani, emosi dan rohani. Disamping itu, antara inisiatif membangunkan Maahad ini bertujuan untuk menjadi wadah bagi golongan berumur yang ingin mempelajari Al-Quran dan ilmu-ilmu keagamaan. Dengan itu, Pondok Pengajian Ar-Raudah juga menjadi sebahagian daripada perancangan kami untuk menempatkan golongan warga emas yang ingin mendalami ilmu keagamaan.
ZAIDEE JUSOH
1. Doakan semoga saya dan keluarga sihat zahir batin serta dilindungi dari bala bencana, gangguan jin iblis syaitan, angkara sihir dan manusja jahat khianat 2. Doakan semoga saya dibukan pintu rezeki seluasnya, dipercepat rezeki dan dipermudahkan segala urusan untuk melunasi semua hutang
0 orang mengaminkan doa ini