Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Bentuk plan fasa 1 yang dipohon adalah bagi menaik taraf kewangan Maahad supaya lebih stabil di masa hadapan. Isu yang sangat merunsingkan kerana ramai pelajar yang bersekolah disini tidak mampu membayar yuran.
Tambahan pula, bayak kerosakan seperti tandas, kerusi, meja, papan putih, dinding, pintu, kipas, lampu perlu diperbaiki. Banyak program terhenti seperti hari kanak-kanak sedunia, kemerdekaan, khatam Quran, Karnival Ko-Kurikulum dan banyak lagi tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan. Bil air dan elektrik tertunggak sehingga kini, hampir RM7 ribu ringgit.
Baru-baru ini, meter air dipotong. Kami terpaksa meminjam duit ke saudara mara. Hutang itu belum dibayar lagi sebayak RM75 ribu ringgit. Penukaran owner baru yang menetapkan pelbagai syarat dan macam macam masalah yang melibatkan kewangan seperti gaji guru tak dapat dibayar penuh, kos bahan mentah untuk pelajar makan, peti ais yang rosak dan sebagainya. Dengan adanya penambahan kewangan ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. Selain itu, hasrat kami adalah untuk membina bangunan sekolah.
Pihak sekolah sangat rungsing dan sangat terbeban. Dengan adanya bangunan sendiri, kerja-kerja naik taraf akan dijalankan dengan baik. Pihak Maahad tidak lagi bimbang degan isu-isu sekolah seperti pembayaran sewa dan sebagainya.
Semoga dengan usaha jemaah ini dapat membantu pihak maahad dalam merealisasikan âGenerasi Al-Quran, Generasi Cemerlang dan melahirkan ramai huffaz yang seimbang dunia dan akhirat.
Kos operasi bulanan kami adalah seperti berikut:
KOS OPERASI SEKOLAH 2023
2. Gaji pekerja: RM16,800
3. Utiliti: RM5,000.00
4. Rencam: RM3,000.00
5. Program : RM5,000.00
6. Kos upah PPIM: 20%(RM8,960.00)
RM53,760
WAN NURUL ASHIKIN
Mohon doakan supaya kedua ibubapa dipanjang umur murah rezeki diberi kesihantan yang baik Mohon dipermudahkan urusan jodoh dipertemukan dgn jodoh yg baik dpat bimbing ke jalan Allah Dimurahkan rezeki dapat berbakti kepada ibu bapa dan tlg orang2 yg memmerlukan Sentiasa berada dalam redo Allah dijauhi dari pada pekara lalai dan maksiat Dimasukam ke syuga bersama2 kaum keluarga
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
1. Semoga Nur Nadira Izlyn Binti Kamaruddin & Nur Natasha Yasmin Binti Kamaruddin: - Diterima rayuan haji & dijemput menunaikan haji & umrah bersama-sama pada tahun ini, 1445 H, dengan sebaik2 keadaan, dalam redha & rahmatMu, serta mendapat haji & umrah yang mabrur & makbullah. - Dikurniakan jodoh yang soleh pada waktu yang berkat, tepat & terdekat.
Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini