PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT

Aktif sejak Jul 01, 2022

Tentang Penganjur

PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT (PKPR BATU PAHAT)

NO. PENDAFTARAN : PPM-022-01-18022021


PKPR Batu Pahat merupakan sebuah persatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti berpersatuan dengan berteraskan beberapa teras utama seperti yang berikut.

I)Pendidikan

II)Ekonomi dan Keusahawanan

III)Pembangunan Modal Insan

IV)Warisan Seni Kebudayaan

V)Aktiviti Kemasyarakatan


Pelbagai aktiviti dan program yang dirangka sepanjang tahun bertepatan dengan teras utama yang digariskan diatas dengan membawa cogan kata SOSIO ; EKONOMI, BUDAYA & PENDIDIKAN

 NADI JIWA KEMASYARAKATAN.


Berikut merupakan sebahagian daripada program-program yang dijalankan :

I)Semarak Memori Syawal - Program Bantuan Sempena Syawal

II)Semaikan Rasa Kasih - Program Bantuan Pek Makanan Asnaf

III)Bersama Ringankan beban - Program Pek Makanan B40 & Memerlukan

IV)Mega Tahlil Online

V)Program Bubur Lambuk

VI)Ihya Gema Ramadhan

VII)Buffet Ramadhan Bersama anak Tahfiz

VIII)Dan aktiviti-aktiviti lain

NO. 13, JALAN PUTERA INDAH 9/10, BANDAR PUTERA INDAH, TONGKANG PECHAH, 83010, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM , 83010, BATU PAHAT, Johor, Malaysia
pkpr.batupahat@gmail.com
+601110651395
+60127521395

Doa-Doa #Penyumbang

TAN SUE MEI

6 hari yang lepas

Semoga dikurniakan ketenangan hati dan jiwa,kenikmatan hidup dunia dan akhirat kebahagiaan,keselesaan,keselamatan,kegembiraan, kesenangan,kebeuntungan dunia dan akhirat,diluaskan rezeki dan murahkan rezeki, rezeki seluas langit dunia dan akhirat,rezeki melimpah dan tidak putus,keluarga aman damai makmur dan tenteram,semoga hajat hajat dimakbulkan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

doakan Norahan sihat walafiat, sembuh dari tinnitus, pinggang dan belakang sihat, kaki dapat lipat untuk tahiyat awal/akhir, tengkuk dan kepala sihat, dapat selesaikan hutang, dilimpahi rezeki yg luas dan berkat, dapat menyara kehidupan hingga akhir hayat, membantu orang2 yg memerlukan, selamat menunaikan umrah dan beroleh umrah yg mabrur. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Doa saya agar dipermudahkan segala urusan dengan sumbangan yang diberikan ini. Doakan saya diperluaskan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik & mempunyai keluarga yang bahagia

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Ya Allah, Ampunkanlah segala dosa dosa kami, dosa kedua ibubapa Kami & dosa seluruh kain muslimin & muslimah,masukkanlah kami ke dalam syurgaMu & jauhkanlah Kami dari seksa kubur dan azab api nerakaMu. Ya Allah, terimalah Amal kebaikan yg kami lakukan, Rahmahti dan murahkan kami dengan rezekiMu, kurniakanlah kami anak2 yang soleh & solehah. Lapangkan segala urusan Kami dunia & akhirat.Aminnnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

KAMSANI B. JUMAHAT

1 minggu yang lepas

Al-Fatihah Untuk Arwah Ayah, Almarhum Jumahat Bin Jimen. Semoga Allah, ampunkan segala dosa kami semua. Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FARAH AINA

1 minggu yang lepas

Semoga farah aina dan aqmal hakim dikuniakan zuriat serta diperluaskan rezeki yang halal berkat untuk digunakan ke jalan Allah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: