Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
Hamba Allah
Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami. Panjangkan lah umur kami, kurniakan ksihatan yg baik utk kami. Kurniakan lah kami rezeki yang tidak putus2 dan berkatilah rezeki kami. Permudahkanlah urusan kami. Aamiin. Sahaja aku bersedekah kerana Allah Taala.
0 orang mengaminkan doa ini
FAIZAH ANIM KASSIM
Semoga usaha penganjur mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t. Tolong doakan saya dan keluarga dikurniakan ketaqwaan, keredhaan, kesihatan dan rezeki yang tidak putus-putus supaya saya dan suami, Abd Hadi Hasan dijemput Allah untuk menunaikan haji tahun 2025 dengan kesihatan dan kemampuan yang dizinkan utk mendapat haji yang mahbrur.
0 orang mengaminkan doa ini