Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
Hamba Allah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Di pagi jumaat yang penuh barokah ini hambaMu memohon doa Kau kurniakanlah aku dan isteri zuriat yang soleh dan solehah. Kau rezekikanlah kami dengan keturunan yang baik sebagai pengikat kasih sayang antara kami dan juga pewaris agamaMu Ya Allah. Aamiinn.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Assalamualikum. Harap doakan saya 1) Latipah Binti Abu Bakar, Suami, 2) Nooran Bin Dany, anak2, 3) NurSyafiqah Bte Nooran dan 4) Muhammad Afiq Bin Nooran. Agar kami dirahmati Allah, diberi kesihatan yg baik, di jauhkan dari segala penyakit2 yg berat. Disembuhkan dari segala penyakit. Dipermurahkan rezeki. Di matikan dalam Iman. Di beri keberkatan dunia dan akhirat. Aamin.
0 orang mengaminkan doa ini