Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
Hamba Allah
Semoga semua aktiviti/program/kempen yg dianjurkan diberkati dan mendapat Rahmat Allah .Disamping itu mudah²an infaq yg sedikit ini saya hadiahkan ke atas nama kedua abah dan ibu,abang dan diri saya.Mohon doa supaya dipermudahkan rezeki saya supaya boleh menyumbang lebih banyak lagi in syaa Allah.Aamiin.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
ya Allah bebaskan lah bumi palestine dri musuh2 durjana mu ya Allah...jadikanlah kami org2 yg senantiase mengingatimu ya Allah...ya Allah berikan cahaya petunjukmu didlm kehidupan kami ya Allah..berikan lah sakinah mawardah warohmah didlm rumahtangga kami...jadikanlah kami org2 yg mengejar syurga mu ya Allah
0 orang mengaminkan doa ini