Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
Hamba Allah
Ya Allah ampuni dosa2ku dan dosa2 kedua ibubapaku kasihanilah & kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku ketika aku masih kecil. Ya Allah kurniakan pahala yang berterusan kepada ibubapaku (nama penyumbang) Ya Allah kurniakan kepadaku suatu perkerjaan dan perniagaab yang beri maafaat kepada oranglain dan melunaskan semua hutang2 ku dan hutang oranglain. Aamin Ya Rabb
0 orang mengaminkan doa ini
AHMAD FADZIDIN ARSHAD
Ya Allah,terimalah amalan kami. Sesungguhnya Engkau maha mendegar lagi maha mengetahui. Ya Allah perlipat-gandakan rezeki kami kerana Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama Ya Allah, jadikanlah aku kaya. Kaya yang Engkau redha, kaya yang mampu buatkan aku lebih mudah untuk berinfaq&bersedekah, kaya yang mampu membuat aku sentiasa tawaddhu, dan kaya yang boleh mendekatkan aku dengan SyurgaMu
0 orang mengaminkan doa ini