Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
NOR
Mohon Allah ampunkan segala dosa kedua-dua ibubapaku dan ibubapa mertuaku dan ahli keluargaku dan dijauhkan kami Dari azab api neraka dan di masukkan ke syurga firdaus tanpa hsab.. dan Mohon Allah kurniakan kejayaan cemerlang untuk anak2 dan cucu cicit keturunanku di Dunia dan di akhirat aaminn3x Ya Rabbal a'lamin
0 orang mengaminkan doa ini
AHMAD FADZIDIN ARSHAD
Ya Allah, jadikanlah aku kaya. Kaya yang Engkau redha, kaya yang mampu buatkan aku lebih mudah untuk berinfaq&bersedekah, kaya yang mampu membuat aku sentiasa tawaddhu, dan kaya yang boleh mendekatkan aku dengan SyurgaMu Ya Allah, mewahkan rezeki kami. Ya Allah perlipat-gandakan rezeki kami kerana Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama.
0 orang mengaminkan doa ini