Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
HAMBA ALLAH
Ya Allah, dekatkan kami dengan Mu ya Allah dan cukupkanlah kami dengan sesuatu yang halal berbanding sesuatu yang haram yg telah Engkau tetapkan dan berilah kami kekayaan serta kecukupan dgn kelebihan drpd Engkau berbanding selain Engkau. YaAllah kurnikan lah kami zuriat yang soleh, solehah, Dan mudahkan urusan kami semua didunia dan diakhirat. Aamiin...
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah ampuni lah dosa ke dua arwah ke 2 ibu dan bapa ku, tempat kan roh mereka bersama orang 2 yang soleh, jauhkan roh mereka dari seksaan kubur dan api neraka mu, masukkan lah roh mereka ke dalam syurga firdaus mu ya Allah. Aaminn
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini