Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Untuk makluman, Pusat Jagaan Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 sebagai rumah perlindungan yang bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada insan- insan yang memerlukan seperti anak-anak yatim piatu dan terbiar, orang kurang upaya (OKU), warga emas yang daif, para ibu tunggal, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan mereka yang kurang bernasib baik dan terpinggir. Pusat Jagaan Titian Kaseh beroperasi atas dasar kebajikan semata-mata dan tidak mengambil sebarang keuntungan. Kini setelah 24 tahun beroperasi, Pusat Jagaan Titian Kaseh masih menyewa 3 buah kediaman/asrama yang menempatkan 130 penghuni. Tahun ini juga merupakan sambutan Jubli Perak bagi kami. Justeru itu, kami berharap hasrat pengasas kami dapat ditunaikan dan direalisasikan.
Hamba Allah
Sedekah subuh ni kerana Allah swt.. infaq utk ank ibu.. Muhammad akid. dea AQILAH.. Muhammad Al qayuum..moga Allah swt angkat darjat yg tertinggi utk ank ibu.. disayngi oleh org disekelilingnye.. bahagia Dan berjaya Dunia akhirat hidup dalam redha Allah swt.. dijauhkn Dari fitnah manusia yg dengki khianat..moga Allah syurga ibu hebat
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah ya Rahman ya Raheem kurniakanlah aku dgn keampunan dan keredhaan darimu serta keampunan dan keredhaan dari kedua ibu bapaku jua serta dpt menggapai syafaat drpd nabi Muhammad SAW... Ya Allah...jadikan aku hambaMu yg sentiasa bertaubat kpdmu dan terimalah taubatku ya Allah ya Ghafur... Aaminn
Anda mengaminkan doa ini
HAMBA ALLAH
Tolong doakan ayah saya.. agar diampunkan segala dosanya.. ditempatkan dengan orang orang beriman, dilapangkan kuburnya.. berilah cahaya di dalam kuburnya.. dan hiasilah kuburnya dengan indah . Seperti taman syurgamu ya allah...
0 orang mengaminkan doa ini