Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Feb 06, 2024
RM185 / 2.64 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
9 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt, pihak maahad ingin mengajak saudara dan saudari yang dirahmati Allah SWT untuk turut serta dalam memberikan sumbangan bagi program iftar Ramadan buat 75 orang pelajar tahfiz kami. Pada penghujung bulan Rejab yang penuh berkat ini, adalah satu kehormatan bagi kami untuk memohon sokongan daripada individu dan pihak yang prihatin untuk membantu meringankan beban pelajar-pelajar kami yang kebanyakannya datang dari keluarga asnaf dan anak yatim.
Oleh itu, bagi menceriakan Ramadan anak-anak tahfiz asnaf dan yatim di sini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang kurang berkemampuan. Pihak maahad mengambil inisiatif melancarkan tabung infaq sedekah Ramadan ini. Tujuan kempen ini adalah untuk menampung kos perbelanjaan makanan yang meningkat, insyaAllah, supaya dapat sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan anak-anak tahfiz ini di bulan yang ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Dengan sumbangan yang anda diberikan, ianya dapat memastikan setiap pelajar mendapat hidangan berbuka yang berkualiti dan mencukupi setiap hari dalam bulan Ramadan. Ini bukan sahaja memberi mereka kelegaan dalam memenuhi keperluan asas, tetapi juga memberi semangat kepada mereka untuk terus mengejar cita-cita mulia mereka.
Akhir kata, mari bersama-sama gandakan kebaikan untuk mengisi tabung ini dengan kemurahan hati kalian, sebagai wujud kasih sayang dan kepedulian terhadap saudara-saudara seagama kita yang memerlukan. Semoga setiap sumbangan yang diberikan diterima dengan rahmat-Nya dan menjadi sebab keberkatan bagi kita semua.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 07, 2024
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 07, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 07, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 07, 2024