Pusat Jagaan Titian OKU Nur

Dimulakan pada Mar 25, 2022

KEPERLUAN PENGHUNI ASRAMA BARU WARGA EMAS DAN OKU NUR

RM201,474 / 40.29 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000

6671 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pusat Jagaan OKU Nur ini telah beroperasi selama 14 tahun. Pusat jagaan ini hanya menempatkan orang Islam sahaja dan mempunyai 86 orang penghuni yang terdiri daripada golongan warga emas dan OKU.


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, mengenai kempen ini, kami di Pusat jagaan Titian OKU Nur memerlukan sumbangan / dana untuk “Penambahan Kemudahan Fasiliti untuk Warga Emas & OKU Nur”.


Memandangkan sebelum ini penghuni warga di sini tidak dapat diasingkan dengan baik kerana masalah ruang yang sempit. Kini, ruang pengasingan mengikut jantina telah ada untuk kami asingkan mereka dengan lebih selesa namun kami masih kekurangan lagi dari segi kemudahan fasiliti seperti katil, perabot, alat pemegang di tandas, dinding dan sebagainya.


Warga emas dan OKU di sini akan ditempatkan di rumah pusat jagaan yang baru dan lebih selesa hasil sumbangan dari dermawan yang budiman sebelum ini. Oleh itu, kami kini sedang mencari dana untuk membeli dan menambah lagi kemudahan fasiliti untuk asrama ini sebanyak lebih kurang RM500,000.00.




Keadaan pusat jagaan sedia ada yang agak padat dan bercampur antara penghuni prempuan dan lelaki.


Untuk pengetahuan tuan / puan, penghuni pusat jagaan kami kebanyakannya adalah warga emas dan OKU yang tidak ada waris yang dihantar oleh pihak hospital serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dengan rezeki ini, pihak kami sudah berjaya membina asrama dan kini kami berhasrat untuk menambah kemudahan fasiliti untuk warga emas dan OKU di asrama ini agar keselesaan untuk mereka terjamin. Ribuan terima kasih buat para penyumbang, harap dapatlah kita sama-sama membela nasib warga emas dan OKU.


Keadaan penempatan baru yang hampir 90% siap

Besar harapan kami agar pihak anda para dermawan dapat bersama sama kami dalam misi mengumpul dana bagi merealisasikan impian para penghuni menduduki kediaman baru yang lebih selesa, Insya'Allah.

Sesungguhnya, membantu golongan yang memerlukan seperti warga emas dan OKU akan sentiasa mendapat ganjaran daripada Allah dan hidup sentiasa berada di dalam berkat-Nya.

"Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, ALLAH SWT tidak akan menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredaan ALLAH melainkan akan diangkat darjatnya." (Riwayat Muslim)

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 18, 2022

Kempen Sumbangan Tamat