Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN KEBAJIKAN NURHATI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN SELANGOR
Dimulakan pada Oct 12, 2021
RM500,210 / 100.04 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000
15329 Penyumbang
Kempen Berjaya
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mengenai kempen ini, kami di Pertubuhan Kebajikan Nurhati memerlukan bantuan dana serta penajaan bagi merealisasikan projek pembangunan rumah perlindungan dan tahfiz untuk asnaf-asnaf, terutamanya kanak-kanak dibawah jagaan kami.
Buat pengetahuan semua rumah perlindungan ini telah beroperasi lebih daripada 20 tahun dan telah menempatkan 50-100 orang asnaf termasuk anak-anak yatim, anak-anak yang di tinggalkan oleh penjaga ( anak tidak sah taraf ), ibu tunggal, muallaf dan ibu-ibu yang mengandung di luar pernikahan.
Sesetengah kes di Nurhati adalah kes-kes transit, walaubagaimanapun kebanyakkannya adalah kes kekal yang mana Nurhati menjadi tempat mereka memulakan hidup baru dan anak-anak kecil terus membesar menjalani kehidupan di nurhati sehingga kini .Jumlah keseluruhan mereka lebih kurang 50 orang dan dengan kadar penghuni yang ramai Nurhati terpaksa menyewa 3 buah rumah sekaligus yang mana ini memakan perbelanjaan yang banyak.
Perancangan Rumah Perlindungan Nurhati telah lama dicadangkan namun dengan pelbagai kekangan terutamanya kewangan ianya masih belum dapat direalisasikan.
Baru-baru ini pada 1 September 2021, pengasas Nurhati Pn.Noor Jamaliah Bt Sharifudin telah menghembuskan nafas terakhirnya dan daripada detik itu saya Lt. Bersekutu (PA) Mohamad Zaid Bin Mohamad Shah dan barisan ajk Nurhati merasakan hal ini perlu disegerakan demi menjamin masa depan penghuni Nurhati terutamanya anak-anak Nurhati sekiranya terjadi apa-apa kejadian yang tidak diingini kepada kami supaya nasib mereka terbela.
Disamping itu , dengan kadar permohonan kemasukan ke Nurhati yang tinggi sudah masanya kami mempunyai bangunan sendiri supaya lebih ramai lagi mendapat manfaatnya dan alhamdulillah ada pihak yang telah berbesar hati telah mewakafkan tanah kepada Nurhati.
MATLAMAT.
6. Dengan itu, ruang pekerjaan juga dapat diwujudkan untuk membantu asnaf-asnaf Nurhati menampung perbelanjaan sendiri.
MATLAMAT JANGKA PANJANG.
Moga dengan dana yang berjaya dikutip ini, hasil sumbangan semua dapat kami realisasikan rumah yang sudah menjadi satu keperluan ini. Sumbangan dan hasil kerjasama dari semua pihak kami dahului dengan jutaan terima kasih dan semoga hal ini menjadi jariah untuk kita semua.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 22, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 22, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 22, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 22, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 22, 2021