DANA MEMBINA RUMAH PERLINDUNGAN DAN TAHFIZ ASNAF NURHATI

RM500,210 / 100.04 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000

15329 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Mencari dana untuk projek pembangunan Nurhati (Pusat Perlindungan dan Tahfiz Asnaf) untuk membantu lebih ramai golongan yang memerlukan perlindungan terutama kanak-kanak dibawah jagaan kami.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Mengenai kempen ini, kami di Pertubuhan Kebajikan  Nurhati memerlukan bantuan dana serta penajaan bagi merealisasikan projek pembangunan rumah perlindungan dan tahfiz untuk asnaf-asnaf, terutamanya kanak-kanak dibawah jagaan kami.

           

Buat pengetahuan semua rumah perlindungan ini telah beroperasi lebih daripada 20 tahun dan telah menempatkan 50-100 orang asnaf termasuk anak-anak yatim, anak-anak yang di tinggalkan oleh penjaga ( anak tidak sah taraf ), ibu tunggal, muallaf dan ibu-ibu yang mengandung di luar pernikahan.

 

Sesetengah kes di Nurhati adalah kes-kes transit, walaubagaimanapun kebanyakkannya adalah kes kekal yang mana Nurhati menjadi tempat mereka memulakan hidup baru dan anak-anak kecil terus membesar menjalani kehidupan di nurhati sehingga kini .Jumlah keseluruhan mereka lebih kurang 50 orang dan dengan kadar penghuni yang ramai Nurhati terpaksa menyewa 3 buah rumah sekaligus yang mana ini memakan perbelanjaan yang banyak.

 

Perancangan Rumah Perlindungan Nurhati telah lama dicadangkan namun dengan pelbagai kekangan terutamanya kewangan ianya masih belum dapat direalisasikan.

 

Baru-baru ini pada 1 September 2021, pengasas Nurhati Pn.Noor Jamaliah Bt Sharifudin telah menghembuskan nafas terakhirnya dan daripada detik itu saya Lt. Bersekutu (PA) Mohamad Zaid Bin Mohamad Shah dan barisan ajk Nurhati merasakan hal ini perlu disegerakan demi menjamin masa depan penghuni Nurhati terutamanya anak-anak Nurhati sekiranya terjadi apa-apa kejadian yang tidak diingini kepada kami supaya nasib mereka terbela.

 

Disamping itu , dengan kadar permohonan kemasukan ke Nurhati yang tinggi sudah masanya kami mempunyai bangunan sendiri supaya lebih ramai lagi mendapat manfaatnya dan alhamdulillah ada pihak yang telah berbesar hati telah mewakafkan tanah kepada Nurhati.




MATLAMAT.

 

  1. 1.     Berpindah daripada rumah sewa kepada bangunan tetap supaya mendapat ruangan yang lebih sesuai yang tidak mengganggu kawasan kejiranan dengan bunyi riuh anak-anak dan menjimatkan kos sewa.

 

  1. 2.     Ruang yang lebih selesa untuk penghuni terutamanya anak-anak untuk mereka membesar secara sihat daripada sudut mental dan fizikal.

 

  1. 3.     Mewujudkan ruang ilmu yang lebih baik untuk penghuni.

 

  1. 4.     Mewujudkan persekitaran yang lebih sihat seperti ruang bermain yang lebih sesuai untuk anak-anak pelbagai peringkat umur.

 

  1. 5.     Memulakan operasi perniagaan untuk menjana dana untuk kos penyelenggaran Nurhati selain daripada Nurhati Market yang berjalan secara maya akibat daripada pandemik ini.

 

6.     Dengan itu, ruang pekerjaan juga dapat diwujudkan untuk membantu asnaf-asnaf Nurhati menampung perbelanjaan sendiri.

 

MATLAMAT JANGKA PANJANG.

 

  1. Mewujudkan cawangan- cawangan Nurhati untuk mengasingkan penghuni mengikut kategori seperti kanak-kanak, ibu tunggal, warga tua, muallaf dan wanita yang hamil diluar pernikahan supaya lebih mudah untuk dipantau.



 

  1. Target kami membina bangunan 4 tingkat secara berfasa yang dilengkapi dengan asrama perempuan, asrama lelaki, dewan terbuka yang sekali gus akan menjadi pusat pengajian bagi penghuni Nurhati terutamanya anak-anak dan pejabat operasi serta sebuah bangunan kedai untuk menjana ekonomi Nurhati dan menjadi ruang pekerjaan untuk penghuni.


Moga dengan dana yang berjaya dikutip ini, hasil sumbangan semua dapat kami realisasikan rumah yang sudah menjadi satu keperluan ini. Sumbangan dan hasil kerjasama dari semua pihak kami dahului dengan jutaan terima kasih dan semoga hal ini menjadi jariah untuk kita semua.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 16, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 16, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 16, 2021

NADZIRAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 16, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 16, 2021

Kempen Sumbangan Tamat