Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Aug 17, 2023
RM480 / 16.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
17 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dengan rendah hati merayu kepada para penyumbang yang dirahmati Allah untuk berinfaq, dimulai dari RM10 bagi membantu kos membaikpulih pintu tandas yang mengalami kerosakan. Keselamatan dan keselesaan para pelajar merupakan perkara penting dan menjadi keutamaan pihak maahad.
Sehubungan itu, pihak maahad berhasrat ingin segera membaik pulih pintu tandas buat kemudahan para pelajar di sini agar mereka merasa nyaman dan selamat apabila menggunakan tandas bagi beristinjak dan bersuci. Dengan bertambahnya jumlah pelajar yang semakin ramai, pihak maahad ingin meningkatkan keselesaan para pelajar dalam menuntut ilmu agama di maahad kami dengan menyediakan kemudahan fasiliti yang baik.
Ayuh tanpa berlengah bersama menyumbang bagi memastikan para pelajar kami dapat belajar dalam lingkungan yang kondusif dan selesa. Dengan bantuan anda, kami yakin bahawa kita dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik dan ianya dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk terus berusaha dalam mengejar kecemerlangan dalam ilmu agama.
Akhir kata, jazakumullahu khairan jaza kepada semua yang terlibat dalam memberikan sumbangan. Semoga Allah SWT membalas kebaikan kalian dengan pahala yang berlipat ganda. Mari kita bersama-sama menjalin kebersamaan dan usaha untuk meningkatkan fasiliti pendidikan dan keselesaan para pelajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 22, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM200.00
Aug 19, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Aug 18, 2023