Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM222,397 / 74.13 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000
9483 Penyumbang
51 Baki Hari
Kempen ini bertujuan untuk mendapatkan dana bagi pembelian rumah perlindungan ini sebelum pertengahan 2024 yang sememangnya banyak berjasa kepada ramai anak yatim dan asnaf namun ralat rasanya jika ia dihentikan hanya kerana kekurangan dana. Mereka yang tinggal di rumah ini amat memerlukan bantuan kita saat ini. Ayuh, bersama kita bantu mereka!
“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. (Riwayat Muslim)
Sebahagian anak-anak kecil yang tinggal dan dibesarkan di rumah perlindungan ini bersama beberapa penghuni yang lain.
Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa yang diasaskan oleh seorang ibu tunggal yang bernama Sharifah binti Adlan atau lebih dikenali sebagai Mak Pah sejak tahun 1998 sehingga kini yang telah menempatkan seramai 60 anak yatim dan asnaf yang terdiri daripada lingkungan umur 1 tahun hingga 18 tahun.
Pintu hadapan kawasan rumah Titian Kaseh yang sentiasa mengalu-alukan kehadiran bagi sesiapa yang sudi menyantuni anak-anak di sini.
Usaha Mak Pah yang ingin membeli rumah ini adalah bertujuan untuk terus memberikan perlindungan kepada anak-anak mangsa terabai, tiada mak, tiada ayah, mahupun keluarga serta, mangsa penderaan, OKU dan tiada penempatan.
Wajah pengasas Titian Kaseh. Walaupun kini beliau hadapi lumpuh, namun beliau tetap kuatkan semangat demi anak-anak disini sebelum beliau menutup mata.
“Sebelum pertengahan 2024, rumah Titian Kaseh bakal diambil semula sekiranya usaha pembelian rumah ini tidak berjaya..”
Dari kecil lagi anak-anak yang ada di sini sudah memahami erti untuk berdikari menguruskan kehidupan mereka sendiri walaupun masih kecil.
Tapi, tidak ramai yang tahu lagi, rumah yang anak-anak berteduh sekarang ini BAKAL DIAMBIL SEMULA seandainya hutang pembelian rumah ini yang pada asalnya RM3 juta yang sepatutnya perlu diselesaikan sebelum akhir 2023, namun atas perundingan pemilik rumah ini, pihak Titian Kaseh telah diberi tempoh untuk selesaikan pembelian rumah ini sebelum pertengahan 2024 ini yang berbaki hampir RM1.3 juta sahaja lagi.
Namun, dengan dana ini juga kami akan gunakan untuk pembayaran bagi dana operasi dan keperluan harian anak-anak yatim dan asnaf di sini dimana dengan anggaran dana segera yang kami perlukan saat ini adalah RM200,000 yang dapat memberi impak besar kepada penghuni di sini.
“Anak-anak memohon rayuan orang ramai agar bantu selamatkan satu-satunya rumah perlindungan mereka..”
Wajah anak-anak yang bahagia tinggal di rumah ini namun sejak mereka sudah ketahui bahawa rumah mereka bakal diambil semula, mereka rasa sedih saat ini.
Hati ibu mana yang nak tengok anak-anak yang masih kecil hidup dalam kesusahan? Dengan keadaan usia mereka yang masih kecil, tak sanggup kami membiarkan mereka sekali lagi merasai sejarah hitam buat mereka untuk keluar dari rumah perlindungan yang sudah banyak memberi erti kehidupan kepada anak-anak selama ini.
Sayang rasanya untuk melepaskan rumah yang banyak memberi 1001 kenangan buat kami terutamanya dalam membesarkan anak-anak yatim dan asnaf yang memerlukan ini. Tambahan pula, menjadi salah satu asbab keinginan kami untuk mengekalkan rumah ini adalah kerana di kawasan ini banyak kemudahan seperti sekolah, kolej, hospital, taman reaksi, dan sebagainya yang sememangnya banyak membantu memudahkan urusan anak-anak ini untuk merasai kehidupan seperti anak-anak di luar sana.
Dana Bantuan Pembelian Rumah Perlindungan Untuk Penempatan Kekal Buat Anak-anak Yatim dan Asnaf.
Walaupun kami hadapi masalah yang ini, kami tetap tidak abaikan kebajikan anak-anak di sini. Pihak Titian Kaseh bukan tidak pernah usahakan, namun kami faham dengan masalah ekonomi sekarang yang tidak menentu sekarang ini.
Maka, dengan adanya penambahan kewangan ini segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan oleh kerana saat ini pihak Titian Kaseh mengalami tekanan untuk memikirkan bagaimana kami nak usahakan demi anak-anak sebelum ini sekaligus kami juga tidak lagi bimbang dengan ketidakcukupan demi menampung perbelanjaan anak-anak yatim dan asnaf di sini.
Jom Bantu Pihak Titian Kaseh Berusaha Membela Nasib Anak-Anak Yatim dan Asnaf Di Sini.
Meskipun anak-anak di sini tiada waris mahupun keluarga, namun penjaga Titian Kasih tak pernah putus asa untuk gembirakan hati anak-anak di sini.
Dengan ini, Mak Pah dan barisan penjaga anak-anak yatim dan asnaf Rumah Titian Kaseh ingin memohon rayuan daripada tuan dan puan yang budiman di luar sana untuk bersama-sama membantu menghulurkan sumbangan ikhlas sebanyak RM50 seminggu secara berterusan buat anak-anak disini dengan harapan anak-anak tahfiz yang masih kecil ini kuat untuk meneruskan kehidupan mereka pada masa akan datang.
In shaa Allah, dengan sekecil RM50 seminggu daripada tuan dan puan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran daripada Allah SWT. Aamiin..
“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (Riwayat al-Tirmizi)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 04, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Apr 04, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 04, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 04, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 04, 2024