PUSAT JAGAAN TITIAN KASEH

Dimulakan pada Mar 15, 2022

DANA PEMBELIAN RUMAH ANAK YATIM DAN ASNAF

RM278,116 / 55.62 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000

10956 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Rumah Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 oleh seorang ibu tunggal bernama Sharifah Bt Adlan. Rumah Titian Kaseh menjadi tempat berlindung bagi golongan masyarakat yang memerlukan perlindungan.

Rumah Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1998 oleh seorang ibu tunggal bernama Sharifah Bt Adlan. Rumah Titian Kaseh menjadi tempat berlindung bagi golongan masyarakat yang memerlukan perlindungan sementara seperti anak yatim, anak asnaf, ibu tunggal, OKU, warga emas dan mangsa keganasan rumah tangga.


Assalamualaikum WBT kepada semua dermawan yang dikasihi. Kami di Rumah Titian Kaseh kini sedang mencari dana untuk menyelesaikan hutang pembelian rumah yang sedang kami duduki. Kami kini sedang mencari dana untuk menyelesaikan baki jumlah rumah kami sebanyak lebih kurang RM500,000.00. Ini adalah termasuk pembayaran bagi dana pengurusan harian, kelengkapan anak-anak yatim ini serta barangan asas perubatan buat mereka semua. 




Kempen yang kami jalankan ini berlaku secara berfasa. Ini adalah FASA 1 yang mana kami memerlukan dana pengurusan serta pembelian makanan harian buat anak-anak syurga ini.


Setiap bulan, pihak kami akan membayar kepada pihak bank sebanyak RM17,000 untuk jumlah hutang rumah ini. Selain itu, dengan sesi persekolahan yang bakal dibuka, dana ini juga akan kami gunakan untuk pembayaran yuran pendaftaran serta buku untuk kanak-kanak ini. 

 



Seramai 60 orang kanak-kanak daripada lingkungan umur 3 tahun sehingga 12 tahun merupakan penghuni tetap Rumah Titian Kaseh. Rata-rata penghuni kanak-kanak di situ akan memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi iaitu pada 21 Mac 2022. 


Sesungguhnya membantu golongan yang memerlukan seperti orang yatim, asnaf dan orang yang miskin akan sentiasa mendapat ganjaran daripada Allah dan hidup sentiasa berada di dalam berkat-Nya.


“Dari Sahl bin Sa’ad dia berkata: Rasulullah bersabda: “Aku dan orang yang menanggung anak yatim yaitu kedudukannya di surga seperti ini”, kemudian beliau mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah beliau , serta agak merenggangkan keduanya.

(HR. Bukhari).




Jom kejar kemuliaan daripada Allah SWT dengan menyumbang dan bersedekah bagi membantu Rumah Titian Kaseh mencapai matlamat bagi mempunyai rumah mereka sendiri.


Sesungguhnya sedekah daripada anda boleh memberi manfaat kepada semua penghuni Rumah Titian Kaseh.


Sesiapa di antara kamu berkemampuan untuk berlindung daripada neraka (dengan melakukan sedekah) walaupun hanya dengan separuh buah kurma, maka lakukanlah.

(Hadis riwayat Muslim)


Ayuh, sama-sama kita merebut pahala dengan bersedekah untuk "Dana Pembelian Rumah Anak Yatim dan Asnaf Rumah Titian Kaseh".

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 28, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 28, 2022

MOHD ROSDI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 28, 2022

Kempen Sumbangan Tamat