Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Sep 08, 2023
RM375 / 12.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
24 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah menyeru muslimin dan muslimat menzahirkan rasa syukur atas limpahan nikmat yang telah Allah SWT kurniakan dengan berkongsi kebahagiaan memberikan beras untuk 70 orang pelajar kami. Sumbangan ini satu bentuk kepedulian terhadap pelajar tahfiz iaitu memuliakan mereka agar mereka sentiasa memperoleh tenaga untuk belajar dan menghafal Al-Quran supaya tidak kekurangan nutrisi.
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa Al-Quran merupakan sumber segala ilmu pengetahuan dan agama. Dengan berinfaq bagi keperluan beras ini, para penyumbang dapat meraih keberkatan sepanjang masa daripada setiap butir beras yang dimakan oleh anak-anak tahfiz asnaf dan yatim di maahad kami. Oleh itu, sungguh beruntung dan mulialah mereka yang ikut serta memenuhi keperluan para pelajar ini hingga mereka mengkhatamkan hafalan Al-Quran dan mengamalkannya kelak.
Selain itu, amalan memberi makanan pada orang lain kadang terlihat biasa-biasa sahaja, namun sebenarnya itu adalah bentuk kebaikan yang sangat disenangi dan dicintai oleh Allah SWT. Junjungan kita Rasulullah SAW gemar memuliakan orang yang dicintainya sepanjang hayatnya iaitu dari kalangan anak yatim, menghafaz Al-Quran, ibu tunggal dan warga emas. Maka, mari santuni golongan yang dicintai Baginda SAW dengan infaq beras yang merupakan asas dalam pemakanan harian para pelajar kami ini bagi menjaga kesejahteraan dan kesihatan mereka, serta membolehkan mereka untuk fokus sepenuhnya dalam memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran.
“Orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling berguna bagi manusia lain. Sedangkan amalan yang paling dicintai Allah ialah memberi kegembiraan kepada orang lain atau menghilangkan kesusahan orang lain, atau melunasi hutang orang yang tidak mampu, atau memberi makan orang yang lapar, dan jika orang itu berjalan kaki. Menolong orang yang dalam kesusahan, itu lebih Aku suka daripada beri'tikaf di masjid-Ku selama sebulan." (HR. Tabrani)
Akhir kata, rebut peluang beramal di hari jumaat yang penuh berkah dengan menghulurkan sumbangan kepada golongan yang dicintai Nabi SAW bagi meraih cinta Allah SWT. Infaq beras ini adalah tanda kasih sayang dan kepedulian kepada mereka yang sedang berusaha untuk mendalami ilmu agama. Ianya adalah cara kita untuk bersama-sama mendukung dan membantu mereka dalam perjalanan mereka untuk memahami dan menghafal Al-Quran dengan baik. Jazakumullahu khairan jaza
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Sep 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 13, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 11, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 11, 2023