Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Sep 08, 2023
RM400 / 13.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
21 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Rasulullah SAW memberi jaminan bahawa pahala menyantuni anak yatim adalah setanding dengan pahala orang berjihad, disamakan dengan ganjaran pahala bangun pada waktu malam dan berpuasa di siang hari kemudian dilanjutkan dengan keluar untuk jihad di jalan Allah SWT.
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam dengan rendah hati mengadakan kempen infaq pendidikan bagi tujuan menaja pendidikan anak-anak yatim yang sedang belajar di maahad ini agar tidak tercicir daripada menjadi Hafiz Al-Quran bagi golongan yang berminat dengan ilmu Al-Quran supaya mereka juga dapat menimba ilmu agama dengan sempurna seperti anak-anak yang lain.
Sehubungan itu, mari kita memuliakan anak yatim untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan keistimewaan bersama Rasulullah SAW di syurga. Membantu anak yatim merupakan salah satu amal jariah yang kita boleh laksanakan. Bantuan pendidikan akan menambah ilmu mereka ini kerana mereka mempunyai cita-cita yang mulia iaitu ingin menjadi seorang hafiz Al-Quran.
Pendidikan adalah kunci untuk membuka pintu masa depan yang lebih baik, dan infaq ini adalah satu langkah penting dalam memberikan kesempatan yang sama kepada anak-anak tahfiz yang kurang berkemampuan. Ini juga adalah tindakan kebaikan yang akan memberi mereka harapan dan impian yang lebih besar dalam pengajian agama mereka.
Akhir kata, dengan hanya RM10 kalian juga turut serta dalam memastikan masa depan pelajar-pelajar ini agar menjadi huffaz yang berilmu dan beramal dalam Islam. Semoga Allah SWT memberkati setiap sumbangan yang diberikan dan menjadikannya sebagai satu amal jariyah yang terus memberikan manfaat yang besar kepada pendidikan agama dan kesejahteraan anak-anak tahfiz yatim dan asnaf. Jazakumullahu khairan jaza atas sokongan dan kebaikan para dermawana yang sangat bermakna.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 09, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Sep 08, 2023
NOOR FAIZAH JAMALUDDIN
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 08, 2023