MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 09, 2024

TABUNG INFAQ BAIKPULIH VAN ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM155 / 5.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

TABUNG INFAQ BAIK PULIH VAN MAAHAD YANG ROSAK DAN UZUR BAGI MEMUDAHKAN PERGERAKAN PARA PELAJAR KE MASJID BAGI SOLAT JUMAAT DAN KEGIATAN KEAGAMAAN. JOM BERINFAQ!


Van adalah nadi utama bagi kegiatan harian kami, termasuk menghantar dan mengambil para pelajar ke masjid dan lokasi kegiatan keagamaan seperti menunaikan solat Jumaat, jemputan solat jenazah, jemputan hadiah bacaan Al-Quran, jemputan tahlil serta doa selamat, lawatan ilmiah dan rehlah.



Pembaikan van ini sangat penting bagi kami kerana ia memastikan para pelajar yang terdiri daripada anak yatim dan asnaf dapat hadir ke masjid dan tempat jemputan dengan selamat dan selesa, terutamanya dalam keadaan cuaca yang panas dan hujan. Keselamatan dan keselesaan mereka adalah keutamaan kami, dan dengan bantuan dari individu-individu yang prihatin, kami yakin dapat melaksanakan pembaikan van dengan segera.



Dalam usaha kami untuk memastikan kelancaran aktiviti pengangkutan dan keselamatan pelajar, kami memerlukan dana untuk membaiki van tersebut. Oleh itu, kami dengan penuh rasa rendah diri ingin membuka peluang kepada tuan-tuan dan puan-puan berinfaq bagi membantu dalam membaikpulih van pengangkutan kami yang rosak dan uzur ini.


Dalam Kitab Fadhilat Sedekah merujuk kitab Kanz ul Ummal dipetik sebuah hadis menyatakan bahawa, Rasulullah ﷺ bersabda :“Tolaklah segala kerungsingan dan kebimbangan kamu dengan sedekah. Dengan sedekah Allah SWT akan menolak segala kemudaratan daripada kamu dan akan membantu kamu terhadap musuh-musuh kamu”.



Mulai RM10 ayuh sama-sama menyumbang agar van maahad ini dapat dibaik pulih dengan segera. Sumbangan anda tidak kira besar atau kecil, amatlah bermakna buat seluruh para pelajar kami. Semoga keprihatinan anda ini akan meraih keredaan Allah SWT di dunia dan di akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 10, 2024

TAN SUE MEI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 10, 2024

Kempen Sumbangan Tamat