Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jan 04, 2024
RM250 / 8.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
14 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dengan kesedaran bahawa air yang bersih bukan sahaja merupakan suatu kenikmatan, tetapi juga merupakan keperluan asas untuk menjaga kesihatan dan memastikan pembelajaran yang efektif, pihak Maahad ingin menjemput saudara-saudari yang dirahmati untuk memberikan sumbangan infaq mesin penapis air. Sumbangan ini bertujuan untuk membantu menyediakan akses kepada air yang bersih untuk diminum kepada 20 para pelajar muslimat kami.
Sumbangan infaq mesin penapis air ini akan memberikan manfaat jangka panjang kepada kesihatan dan kesejahteraan pelajar kami. Dengan akses kepada air yang bersih, mereka dapat menjalani kehidupan harian dan proses pembelajaran dengan lebih baik. Mari bersama-sama mencipta persekitaran yang selesa dan sihat untuk perkembangan pelajar kami.
Air yang bersih adalah keperluan harian yang penting untuk kesihatan dan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Pelajar yang memiliki akses kepada air bersih yang mencukupi cenderung memiliki tahap kesihatan yang lebih baik, tenaga yang cukup, dan kemampuan kognitif yang optimal.
Akhir kata, dengan kebaikan yang para dermawan lakukan ini mudah-mudahan Allah SWT menerima sumbangan ini sebagai amal soleh yang membawa berkat dan kebaikan kepada semua yang menerimanya. Semoga usaha kita bersama ini menjadi sebab tercapainya kesejahteraan dan kebahagiaan untuk para pelajar asnaf dan yatim di maahad kami yang memerlukan. Jazakumullahu khairan jaza.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jan 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jan 05, 2024