BANTU BAIKI TALI AIR UNTUK KEMUDAHAN PARA PESAWAH DI SARAWAK

RM30 / 0.06 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

3 Penyumbang

54 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Peluang untuk sahabat-sahabat sekalian dalam membantu dan semoga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat bersama. Jom bantu!


Kami merayu sumbangan daripada pihak yang budiman untuk membantu membaiki tali air di kawasan sawah ini. Tali air tersebut amat penting bagi pesawah-pesawah kerana ia memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tanaman padi, terutama semasa musim kemarau. Tanpa pengairan yang baik, hasil tanaman padi akan terjejas dan menjejaskan sumber pendapatan petani. Bantuan anda sangat dihargai demi kelangsungan pertanian dan kesejahteraan komuniti pesawah.



Sejak sekian lama keadaan tali air di kawasan Pulau Bruit ini semakin meruncing berikutan ianya tidak dapat berfungsi dengan baik lagi berikutan pecah. Hal ini menyebabkan air masin masuk ke kawasan sawah apabila air pasang dan menyebabkan tanaman yang ada rosak akibat terkena air masin ini. Tali air sangat penting kepada pesawah kerana ia membekalkan sumber air yang mencukupi untuk tanaman padi. 



Dengan adanya tali air, pesawah dapat mengawal pengairan sawah mereka, memastikan tanaman padi mendapat air yang secukupnya pada setiap peringkat pertumbuhan. Ini membantu meningkatkan hasil padi serta memastikan kelangsungan pertanian yang mampan.



Keadaan terkini tali air yang semakin tidak dapat berfungsi dengan baik dan mengakibatkan pengeluaran merosot


Dengan adanya sumbangan daripada para dermawan, kami pasti kita dapat membaiki keperluan para pesawah ini kelak untuk memastikan mereka dapat mengoptimumkan pengeluaran hasil mereka. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan yang diberikan.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SUPIAH BINTI JAMALUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 11, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 10, 2024