MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 07, 2024

TABUNG INFAQ TELUR KEPADA ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM85 / 2.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH KITA MANFAATKAN HARTA YANG KITA MILIKI KE JALAN ALLAH SWT BAGI MEMUDAHKAN ANAK-ANAK SYURGA MENUNTUT ILMU.


Assalamualaikum wbt, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin mengajak muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT untuk melakukan amal soleh dengan bersedekah dan infaq pembelian telur kepada pelajar tahfiz di sini. Kebanyakan daripada mereka adalah daripada kalangan anak dan yatim asnaf yang kurang berkemampuan.



Telur mengandungi vitamin A, B12, dan selenium dalam menyokong imuniti badan seseorang serta baik untuk kesihatan tulang disebabkan kandungan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium. Khasiat-khasiat telur ini sangat bermanfaat dalam membantu tumbesaran tubuh badan anak-anak ini serta memastikan anak-anak ini sentiasa cergas dan bertenaga lebih-lebih lagi ketika menghafal Al-Quranul Karim.



Ibnu Hibban ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah yang dilakukan secara rahsia dapat memadamkan kemurkaan Allah, silaturahim dapat menambahkan umur dan berbuat kebajikan dapat menghindarkan kejahatan.



Ayuh kita manfaatkan harta dengan berinfaq kepada anak-anak syurga ini yang sangat berhasrat dalam menuntut ilmu agama. Semoga infaq muslimin dan muslimat ini akan memberi kebaikan di dunia mahu pun di akhirat nanti.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SYG

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 08, 2024

Kempen Sumbangan Tamat