DANA MENYELESAIKAN BAKI TUNGGAKAN BAYARAN RUMAH

RM600,018 / 100.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM600,000

17481 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantu kami selesaikan pembelian penuh Rumah Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah ini supaya mak abah dapat terus tinggal di sini dengan sumbangan ikhlas anda.


Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah (Al-Fattah) mula beroperasi sejak Oktober 2018 untuk mengurus dan menjaga warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesakit psikiatri. Kebanyakan mereka dihantar dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak hospital atau NGO.


Penubuhan Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah ini terjadi apabila terdetik di hati untuk menjaga warga emas yang ditinggal atau gelandangan-gelandangan yang terdiri dari warga emas supaya mereka dapat dijaga dengan lebih baik dan teratur.



Penghuni Rumah Perlindungan Al-Fattah sedang mendengar ceramah agama.


Alhamdulillah, Rumah Perlindungan Al-Fattah kini menempatkan hampir 20 orang penghuni telah menetap di sini daripada pelbagai latar belakang kehidupan. Ada yang sebatang kara, ada yang ditinggalkan dan diabaikan oleh anak-anak mereka.


Kami juga bersyukur masih ada yang prihatin untuk meringankan beban kami di rumah kebajikan ini. Ada yang menyumbang makan minum, barang basah dan ada yang sumbangkan kereta untuk memudahkan pergerakan penghuni ke mana-mana seperti ke hospital.



Penghuni Rumah Perlindungan Al-Fattah makan tengahari bersama.


Penghuni di sini sangat selesa dan gembira tinggal di sini. Kami memastikan setiap kelengkapan disediakan secukupnya. Sekecil-kecil perkara dititikberatkan demi keselesaan penghuni rumah dan tiada yang kurang. Jika ada, kami akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkannya.


Kami masih ada baki tertunggak sebanyak RM200,000! 


Kami diberi masa sehingga awal tahun hadapan sahaja untuk menempatkan warga emas ini sekiranya rumah ini tidak dapat dibeli secara kekal. Mereka sangat sedih apabila mendapat tahu rumah yang mereka sedang duduki ini akan dijual. Mereka berharap ada yang sudi membantu supaya rumah ini tetap kekal menjadi rumah mereka dengan membelinya.




Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."

(Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)



لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ


“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah Ali Imran, ayat 92)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jan 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jan 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat