BAITUL QURAN CENTRE

Aktif sejak Jun 02, 2021

Tentang Penganjur


SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN BQC



Sistem Pendidikan Sekolah Tahfiz di Malaysia merupakan satu sistem pendidikan tradisional dalam sejarah perkembangan Islam. Institusi ini wujud apabila adanya usaha- usaha para ulama terdahulu mengambil inisiatif mengajar masyarakat Islam di kawasan setempat supaya lahirnya insan-insan yang berjiwa Al-quran.


Cadangan penubuhan Pusat Pengajian Islam ini yang membawa maksud mewujudkan warisan Islam adalah satu usaha murni bertujuan menghidupkan ruang pendidikan agama kepada masyarakat secara lebih khusus. Hasrat ini lebih terserlah apabila di kawasan ini, khasnya di Terengganu yang mempunyai nama yang sempurna sebagai Darul Iman. Darul Iman yang memberi makna sebagai rumah orang-orang yang beriman ,memerlukan individu yang mantap Ilmunya bagi memenuhi syarat mereka yang beriman.


Dengan penubuhan Pusat Pengajian ini pula, Insya Allah akan wujud lagi ramai mereka yang akan menjadikan diri mereka sebagai insan yang beriman. Moga niat ikhlas kami mendapat limpah rahmat Ilahi.


Madrasah ini mula ditubuhkan pada tahun 2003 dengan bilangan murid seramai 4 orang. Ia ditubuhkan oleh Pengasas Madrasah ini iaitu Arwah Hj Mohammad Zaidi bin Zakaria. Dan 4 orang pelajar itu ialah anak-anak Pengasas sendiri. Pada mulanya madrasah ini dipanggil dengan nama Madrasah Al-quran Zaidiah sempena dengan nama Pengasas sendiri. Pada tahun 2009, anak pertama pengasas telah tamat pengajiannya dan balik meneruskan usaha yang telah didirikan oleh ayahandanya. Dan pada tahun 2010 madrasah  ini telah bertukar  nama  kepada  BAITUL  QURAN  CENTRE. Kemudian pada tahun 2010 pula BAITUL QURAN CENTRE  berdaftar  dibawah  Suruhanjaya  Syarikat Malaysia (SSM) dengan memulakan Kelas Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain kepada golongan kanak-kanak, remaja, dan dewasa.  Kemudian di atas permintaan ramai dan wujudnya cadangan supaya BQC untuk meluaskan lagi sistem Pengajian Al-Quran khususnya kepada peringkat hafazan, maka pada tahun 2016 BQC secara rasminya telah menubuhkan satu lagi Pengajian iaitu Pengajian Tahfiz Tulin sepenuh masa berasrama (pengajian pondok) untuk pelajar lelaki dan perempuan dan pada 10 Disember 2018, BQC secara rasminya berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dengan No. Pendaftaran JHEAT.03-018/14/122, dan pada awal 2019 seorang Hamba Allah telah mewakafkan tanah berkeluasan 2 ekar bertempat di Kampung Gong Balai Mercang, Marang untuk dijadikan Institusi Pengajian Tahfiz bagi pelajar lelaki, dan di atas sumbangan ramai Alhamdulillah pembangunan dimulakan pada awal ogos 2019 dan telah siap pada akhir ogos 2020 dan pelajar lelaki akhirnya dipindahkan ke Kg Gong Balai pada awal September 2020 dan secara rasminya telah mendapat kelulusan dan pendaftaran di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pada awal Disember 2020 dengan nama MADRASAH BAITUL QURAN... Alhamdulillah sehingga ke hari ini , terdapat 28 Pelajar Lelaki bagi Pengajian Tahfiz, 23 pelajar pelajar perempuan Pengajian Tahfiz dan hampir 100 orang Pelajar Kelas Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain kanak-kanak termasuk 13 Staf terdiri daripada Mudir, Guru, warden dan tukang masak...matlamat kami InsyaAllah tak lama lagi akan mewujudkan Pengajian Islam & Bahasa Arab bagi lelaki dan perempuan dan Alhamdulillah telahpun dimulai dengan Pengajian Alimah peringkat I'dadi bagi pelajar permpuan di BQC

Lot 10933 Kampung Mengabang Telong Batu Rakit , 21020, Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
Baitulqurancentre10@hotmail.com
+60169629857
+60169629857

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakan kami dengan ilmu yang berfaedah, disembuhkan dari segala penyakit, dimurahkan rezeki,dan dipermudahkan segala urusan. Ya Allah kurniakan kami kefahaman para anbiya, dan penghafalan para rasul, dan ilham para malaikat al-mugarrabin. Ya Allah kayakan kami dengan ilmu, dan hiasilah diri kami dgn kebijaksanaan, dan muliakan kami dgn taqwa, dan indahkan kami dgn alfiat. Aminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Kesejahteraan dan keselamatan kepada seluruh umat Islam di dunia dan akhirat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah ku pohon makbulkan lah hajat2 kami, dan redhai lah kami, amin amin amin ya rabbalamin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah makbulkan lah segala pemohonan kami, Amin Amin Amin ya rabbalamin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Kehidupan dunia dan akhirat diberkati Allah swt Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

saya sihat waalfiat dilimpahi rezki diberi banyak peluang perniagaan dan dimudahkan semua urusan aminnnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: