Belum berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT (PKPR BATU PAHAT)
NO. PENDAFTARAN : PPM-022-01-18022021
PKPR Batu Pahat merupakan sebuah persatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti berpersatuan dengan berteraskan beberapa teras utama seperti yang berikut.
I)Pendidikan
II)Ekonomi dan Keusahawanan
III)Pembangunan Modal Insan
IV)Warisan Seni Kebudayaan
V)Aktiviti Kemasyarakatan
Pelbagai aktiviti dan program yang dirangka sepanjang tahun bertepatan dengan teras utama yang digariskan diatas dengan membawa cogan kata SOSIO ; EKONOMI, BUDAYA & PENDIDIKAN
NADI JIWA KEMASYARAKATAN.
Berikut merupakan sebahagian daripada program-program yang dijalankan :
I)Semarak Memori Syawal - Program Bantuan Sempena Syawal
II)Semaikan Rasa Kasih - Program Bantuan Pek Makanan Asnaf
III)Bersama Ringankan beban - Program Pek Makanan B40 & Memerlukan
IV)Mega Tahlil Online
V)Program Bubur Lambuk
VI)Ihya Gema Ramadhan
VII)Buffet Ramadhan Bersama anak Tahfiz
VIII)Dan aktiviti-aktiviti lain
Hamba Allah
Ya allah kurniakan kebijaksanaan ketajaman akal fikiran dikurniakan ilmu dan permudahkanlah Muhamad Hafiz Hakim agar dinampakkan jawapan bagi setiap soalan matematik spm yang dijawabnya dengan jawapan yang tepat.Kurniakanlah keputusan spm yang cemerlang buat Muhamad Hafiz hakim.Berikan masa yang mencukupi untuk dia menjawab setiap soalan yang dijawabnya.Ya allah permudahkan dia Aamiin YRA.
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan semua dosaku2, dosa ibu bapaku, dosa anak2 ku dosa adik beradikku & membuka segala pintu rezeki yang tidak pernah kuduga, dan rezekikan ku meninggal di kota suci Mekah di hari jumaat dan pengakhiran ku dengan hosnol khotimah.
0 orang mengaminkan doa ini