Belum berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT (PKPR BATU PAHAT)
NO. PENDAFTARAN : PPM-022-01-18022021
PKPR Batu Pahat merupakan sebuah persatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti berpersatuan dengan berteraskan beberapa teras utama seperti yang berikut.
I)Pendidikan
II)Ekonomi dan Keusahawanan
III)Pembangunan Modal Insan
IV)Warisan Seni Kebudayaan
V)Aktiviti Kemasyarakatan
Pelbagai aktiviti dan program yang dirangka sepanjang tahun bertepatan dengan teras utama yang digariskan diatas dengan membawa cogan kata SOSIO ; EKONOMI, BUDAYA & PENDIDIKAN
NADI JIWA KEMASYARAKATAN.
Berikut merupakan sebahagian daripada program-program yang dijalankan :
I)Semarak Memori Syawal - Program Bantuan Sempena Syawal
II)Semaikan Rasa Kasih - Program Bantuan Pek Makanan Asnaf
III)Bersama Ringankan beban - Program Pek Makanan B40 & Memerlukan
IV)Mega Tahlil Online
V)Program Bubur Lambuk
VI)Ihya Gema Ramadhan
VII)Buffet Ramadhan Bersama anak Tahfiz
VIII)Dan aktiviti-aktiviti lain
Hamba Allah
Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan kami. Kau mewahkanlah rezeki kami seperti air zamzam yang tidak pernah putus. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan kami dalam mencari rezeki. Ya Allah, Kau berilah kami peluang untuk berkongsi rezeki dengan orang lain. Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau majukanlah bisnesku semaju-majunya dan jadikanlah bisnesku lebih maju dari hari-hari sebelumnya. Aamiin.
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga sumbangan ini sampai kepada asnaf dan tahfiz. Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim Ampunkanlah segala dosa-dosaku, Kurniakanlah kesihatan yang baik kepadaku, Sembuhkanlah segala penyakitku, Panjangkanlah umurku, Limpahkanlah rahmatMu dan rezekiMu yang luas kepadaku, Makbulkanlah segala doa dan hajatku. Aamiin Aamiin Ya Mujiib Ya Rabbal ‘Alamiin
0 orang mengaminkan doa ini