Belum berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT (PKPR BATU PAHAT)
NO. PENDAFTARAN : PPM-022-01-18022021
PKPR Batu Pahat merupakan sebuah persatuan yang menjalankan aktiviti-aktiviti berpersatuan dengan berteraskan beberapa teras utama seperti yang berikut.
I)Pendidikan
II)Ekonomi dan Keusahawanan
III)Pembangunan Modal Insan
IV)Warisan Seni Kebudayaan
V)Aktiviti Kemasyarakatan
Pelbagai aktiviti dan program yang dirangka sepanjang tahun bertepatan dengan teras utama yang digariskan diatas dengan membawa cogan kata SOSIO ; EKONOMI, BUDAYA & PENDIDIKAN
NADI JIWA KEMASYARAKATAN.
Berikut merupakan sebahagian daripada program-program yang dijalankan :
I)Semarak Memori Syawal - Program Bantuan Sempena Syawal
II)Semaikan Rasa Kasih - Program Bantuan Pek Makanan Asnaf
III)Bersama Ringankan beban - Program Pek Makanan B40 & Memerlukan
IV)Mega Tahlil Online
V)Program Bubur Lambuk
VI)Ihya Gema Ramadhan
VII)Buffet Ramadhan Bersama anak Tahfiz
VIII)Dan aktiviti-aktiviti lain
Hamba Allah
Ya Allah, kurniakan kesembuhan untuk kami semua umat islam yang sedang diuji dengan sakit. Kurniakan kami kesihatan yang baik untuk sentiasa kusyuk, mudah dan selesa dalam beribadah. Ampunilah segala dosa2 aku, keluarga aku dan seluruh muslimin dan muslimat.
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita & merahmati kita di dunia dan akhirat. Doakan saya dilancarkan rezeki untuk melangsaikan segala hutang. Semoga kita selamat dari seksaan & azab kubur, selamat dari fitnah kehidupan & kematian, selamat dari fitnah Dajjal & selamat dari azab api neraka. Harap sumbangan sedikit ini bermanfaat
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.Ameen
Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini